
Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Idrus Ganti Tommy Thomas Sebagai Peguam Negara
Genap seminggu peletakan jawatan Tan Sri Tommy Thomas sebagai Peguam Negara, sebentar tadi Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Idrus Harun telah dilantik menggantikan kekosongan jawatan yang ada.
BACA: Tommy Thomas Dedah Sebab Letak Jawatan Sebagai Peguam Negara
Beliau yang dilantik bagi tempoh dua tahun berkuatkuasa jari ini telah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

Berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) Universiti Malaya, Idrus memulakan kerjaya sebagai pegawai undang-undang pada tahun 1980 dan memegang pelbagai jawatan antaranya Penolong Kanan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Hakim Mahkamah Sesyen di Kota Kinabalu, Timbalan Pendakwa Raya di jabatan Peguam Negara dan Penasihat Undang-Undang Suruhanjaya Pilihan Raya.
Malah beliau pernah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 2014 hingga 2018 sebelum meneruskan khidmat sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 28 November 2018.
Beliau menggantikan Tommy Thomas yang meletakkan jawatan 28 Februari lalu. Tommy meletak jawatannya sebagai Peguan Negara kerana bertanggungjwab melakukan yang sama selepas Tun Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-7 Malaysia.
“Jawatan saya sebagai Peguam Negara dibuat oleh Dr Mahathir Mohamad. Sebaik sahaja Perdana Menteri meletakkan jawatannya saya bertanggungjawab melakukan yang sama kerana dilantik olehnya.
Penting juga bagi saya untuk mengundur diri dan membenarkan Perdana Menteri akan datang (Perdana Menteri ke-8) melantik Peguam Negaranya sendiri.”
Sumber: Berita Harian