masjid Al-Aqsa Ditekan Israel 2

Hak Pemilikan Masjid Al-Aqsa Semakin Kuat Ditekan Pentadbiran Israel

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sejarah Masjid Al-Aqsa terlalu panjang untuk diceritakan. Ditambah pula dengan tekanan dari Israel yang ‘berkeras’ mengenai hak pemilikan lokasi suci berkenaan.

Merupakan masjid ketiga terpenting dalam Islam, Masjid Al-Aqsa pernah dijadikan kiblat pertama umat Nabi Muhammad saw sebelum ianya ditukarkan ke Kaabah.

BACA: Israel Tukar Masjid Bersejarah Jadikan Kelab Malam

Ramai yang tersalah anggap dengan membuat dakwaan bahawa Masjid Qubbah al-Sakhrah (Dome of the Rock) bukanlah bahagian Masjid Al-Aqsa, sedangkan hakikatnya Masjid Al-Aqsa meliputi semua kawasan yang terletak dalam kompleks Al-Aqsa termasuklah Masjid Al-Qibli, Masjid Al-Buraq, Masjid Al-Qubbah, Masjid Al-Qadim dan Masjid Marwan.

Umat Islam Disaran Lawat Palestin 1

Bagi orang Yahudi, tapak yang paling suci adalah tapak Masjid Qubbah Al-Sakhrah. Disebabkan itu jugalah pihak zionis sudah mengiktiraf secara ‘haram’ bahawa ianya adalah milik mereka.

Tekanan demi tekanan diterima penduduk Palestin, sehinggakan mereka yang mahu bersolat di Masjid Al-Aqsa dikawal ketat dengan hanya membuka beberapa bahagian tertentu sahaja untuk orang awam.

BACA: Gara-Gara Nyatakan Solidariti Buat Palestin, Sejarawan Israel Ini Telah Disenarai Hitam

Sejak berdekad lamanya, Masjid Al-Aqsa dicemari dengan pencerobohan zionis dan menjadi sasaran serangan Yahudi.

Walaupun sudah dipersetujui bahawa lokasi Baitulmaqdis Timur sepatutnya diserahkan untuk ditadbir pihak berkuasa Palestin, Israel secara terbuka enggan berundur dengan masih lagi menempatkan tentera zionis bersenjata.

Umat Islam Disaran Lawat Palestin 2

Kawalan ini bukan sekadar menghadkan kunjungan yang mahu memasuki kawasan masjid, tetapi juga meliputi pada tempoh masjid dibuka, sebagai contoh masjid hanya akan dibuka satu jam sebelum solat Subuh dan ditutup 30 minit selepas selesainya solat Isyak berjemaah.

BACA: ‘Rasa Semacam,’ Ini Reaksi Netizen Selepas Menonton Drama Siri Kontroversi Netflix ‘Messiah’

Orang Yahudi percaya bahawa Al-Masih akan masuk ke Al-Aqsa memasuki Bab Al-Rahmah dan membina semula rumah ibadat mereka di sana dan kini tentera zionis dilaporkan sudah beberapa kali cuba membina rumah ibadat mereka di sana dan membuka kembali pintu berkenaan.

masjid Al-Aqsa Ditekan Israel 1

Malah kelantangan Mufti Palestin, Sheikh Dr Ikrimah Sabri juga dinafikan haknya untuk bertugas di Al-Aqsa selain daripada melarangnya untuk memasuki Al-Aqsa selama seminggu (19 Januari hingga 25 Januari) dan mengeluarkan ketetapan larangan mutlak mulai esok.

BACA: Ketua Imam Masjid Al-Aqsa Minta Umat Islam Jangan Berhenti Ziarah Palestin

Larangan ini menimbulkan kebimbangan buat umat Islam seluruh dunia kerana ianya akan menyebabkan jemaah Al-Aqsa kehilangan tokoh agama paling lama di sana.

Sumber: Berita Harian