
Hak Merokok Untuk Bayi Dan Kanak-Kanak Yang Pernah Diperjuangkan Satu Ketika Dahulu
Bukan mudah untuk membawa sesuatu perubahan atau pembaharuan.
Misalnya Dasar Penamat Generasi atau Generational End Game (GEG) yang bertujuan untuk mengharamkan hak rokok dan vape kepada generasi akan datang yang dilihat pada hari ini masih lagi menerima banyak tentangan dari sesetengah pihak.
Seperti juga yang pernah berlaku pada satu ketika dahulu, hak merokok untuk bayi dan kanak-kanak juga pernah menjadi pertikaian serta turut pernah diperjuangkan oleh pihak tertentu.
Dr Suhazeli Abdullah cuba membawa orang ramai untuk mengimbau kembali sejarah di mana pernah berlakunya situasi gila tersebut melalui hantaran di Facebooknya ini:
Smoking Baby
Patutlah rokok ni susah nak dihapuskan dalam masyarakat. Orang tua-tua pada ketika itu (tahun 1920-an) yang tak reti base memperjuangkan kononnya hak bayi untuk hisap rokok. Malah mereka memperjuangkan sekuat-kuatnya melalui kempen di media dan perundangan.
Sebab tu kita pelik kenapa dalam Akta Racun 1952 melarang penggunaan nikotin, tetapi apabila nikotin yang ada dalam bahan mentah seperti tembakau (dalam puntung rokok atau curut) ianya dikecualikan. Saya yakin semasa akta tersebut dibuat (1952 dan dipinda dengan berapa pindaan), banyak perbahasan telah dilakukan oleh ahli-ahli parlimen pada ketika itu. Sehinggakan masih mengekalkan nikotin di dalam rokok untuk dikecualikan dari kena denda atau penjara.
Sebenarnya nak ubah sesuatu akta itu bukan sesuatu yang mudah. Banyak pergelutan di antara pro dan kontra pada zaman akta itu diwujudkan. Keputusan oleh pemimpin generasi itu menentukan nasib generasi sekarang. Begitu juga dengan keputusan yang dibuat di zaman kita ini akan menentukan nasib generasi akan datang. Sejarah tidak akan menipu.
Suhazeli Abdullah
10.10.2022
#GEG
BACA: Kerajaan Digesa Laksanakan GEG Arak Dan Judi Terlebih Dahulu, Baru Rokok Dan Vape
Sumber: Dr Suhazeli Abdullah
Trending now



