Melayu

Hak Istimewa Orang Melayu Dipersoalkan ‘Budak Twitter’, Lelaki Ini Beri Jawapan Padu

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Ketika Rishi Sunak dilantik sebagai Perdana Menteri United Kingdom beberapa hari yang lalu, terdapat pula ‘suara-suara’ dan ciapan di Twitter yang turut mengambil kesempatan untuk mempersoalkan hak istimewa kedudukan orang Melayu di Malaysia.

Mungkin juga kerana pilihan raya yang bakal tiba, isu ini sengaja dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan niat untuk memecah belahkan perpaduan rakyat di negara kita.

Ashraf Muhamad (@AshrafMhd) kemudiannya tampil membalas dakwaan yang tidak benar tersebut melalui bebenang di Twitternya berikut yang ditulis menurut apa yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Prof Dr Rafidah Hanim Mokhtar di Facebooknya turut memuji penulisan Ashraf yang disifatkan beliau sebagai berjaya menjelaskan perkara tersebut secara tuntas dan objektif.

Berikut merupakan bebenang yang ditulis oleh Ashraf Muhamad bagi menutup mulut ‘Budak Twitter’ tersebut:

Melayu

Hati-hati apabila mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu. Dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, hanya terdapat 4 kategori rakyat Malaysia yang dibahagikan mengikut kategori iaitu Orang Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Kaum-Kaum Lain.

Tiada mana-mana bahagian dalam Perlembagaan yang mendefinisikan dan/atau memperincikan maksud Kaum-Kaum Lain, apatah lagi kaum Cina dan India.

Kedudukan orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan adalah jelas selagi ia kekal termaktub seumpamanya.

Tentang Orang Asli, di dalam Perlembagaan Persekutuan jelas dinyatakan definisi ‘Orang Asli’ yang dalam Perkara 160 Perlembagaan. Ini bermakna, hak keistimewaan dan kedudukan mereka tetap dipelihara selayaknya dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 161A (7) Perlembagaan Persekutuan pula mendefinisikan Anak Negeri Sarawak terdiri daripada 21 ras asli (sila rujuk senarainya dalam Perlembagaan Persekutuan)

Manakala Perkara 161A(6)(b) sebagai anak atau cucu kepada seorang daripada suatu ras asli bagi Sabah, dan telah lahir (sama ada atau tidak pada atau selepas Hari Malaysia) sama ada di Sabah atau dengan bapanya berdomisil di Sabah pada masa kelahiran itu.

Jadi hati-hati bila mempersoalkan kedudukan orang Melayu dan struktur kaum yang jelas dipelihara haknya di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Walaupun terma kaum-kaum lain yang tidak dinyatakan dengan khusus, kedudukan orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan adalah jelas.

BACA: Hak Milikan Tanah Rizab Melayu Dikesan Diberi Kepada Bukan Melayu – PUTRA

Sumber: Ashraf Muhamad