
Haiqal Dan Kisona Buktikan Atlet Gantian Mampu Rangkul Pingat Emas
Ibarat penamat kisah dogeng apabila atlet bukan pilihan membutirkan pingat emas bagi acara yang pada awalnya kita menganggap atlet pilihan yang memperolehnya.
Ini kisah daripada skuad badminton negara yang mana pemain perseorangan wanita, S Kisona memenangi pingat emas dan Muhammad Haiqal Hanafi muncul sebagai manusia terpantas di rantau Asia Tenggara selepas meraih pingat emas acara 100m Sukan SEA edisi ke-30 ini.
Kemenangan itu pastinya menjadi kebanggaan bagi seluruh rakyat Malaysia. Seorang pengguna Facebook, Mohszin Mokhtar menukilkan rasa bangga kepada mereka yang pada awalnya bukanlah menjadi tonggak utama untuk menambah mata kepada Malaysia, tetapi telah membuktikan dengan hasil usaha mereka.
Pada awalnya tidak dipandang


Mereka pertama yang tersembunyi

Mohszin juga memberi pesanan kisah perjuangan dua atlet muda inilah perlu diambil dan diceritakan kepada anak-anak tentang semangat juang dan tidak mudah berputus asa.
Sumber: Mohszin Mokhtar
Trending now



