Hadis Palsu Hukuman Solat 2

Hadis Hukuman Meninggalkan Setiap Waktu Solat Adalah Palsu – Mufti Wilayah

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sering membayangkan bahawa perkahwinan akan dipenuhi dengan kebahagiaan menjadikan pasangan masa kini majoritinya tidak siap dari segi mental dan fizikal untuk menempuh alam perkahwinan. Hal-hal yang dianggap remeh oleh sesetengah pihak boleh menjadi punca kepada peningkatan kes penceraian dalam kalangan masyarakat di Malaysia, terutamanya buat pasangan yang masih muda.

Cerai Isteri Makan Dalam Kereta
Sumber: Lawyer monthly

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh telah menyatakan kebimbangan terhadap perkara ini berhubung tingginya statistik penceraian yang direkodkan. Data daripada Jabatan Kehakiman Syariah ini diambil daripada tiga buah negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Hannah Yeoh menyatakan bahawa kes yang difailkan ialah di atas sebab isteri suka mengikuti rombongan, basuh baju pada waktu malam, makan dalam kereta dan berbeza fahaman politik. Pelik bukan? Namun itulah hakikat sebenar yang berlaku pada masa kini.

Mungkin sudah sering kali menasihati isteri supaya tidak makan semasa berada dalam kereta, dan nasihatnya tidak diendahkan menyebabkan si suami memfailkan penceraian. Mungkin juga sudah penat membersihkan kotoran daripada perbuatan isteri yang berjaya menyeru serangga seperti lipas dan semut untuk berpesta.

Apa pendapat anda mengenai isu ini?

Sumber: Astro Awani