Kempen License To Win Malaysia Airports

Habuan McLaren 570S Coupé Menanti Pengunjung Bertuah Yang Berbelanja Di Lapangan Terbang Malaysia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Dengan harga mencecah lebih RM1.68 juta, kereta sport jenis Mclaren 570S Coupe memang memenuhi citarasa penggemar kereta berkelajuan tinggi. Namun gara-gara tekanan ekonomi, ramai yang hanya mampu memandang tanpa memiliki.

Tapi melalui Kempen Beli Belah Tahunan anjuran Malaysia Airports Bhd (MAHB) ‘Licence To Win’, anda mungkin berpeluang memiliki kereta idaman anda hanya dengan  melakukan pembelian minimum sebanyak RM250 dalam satu resit di lapangan terbang antarabangsa di Malaysia.

Kempen License To Win Malaysia Airports 2

Pembelian boleh lakukan di bahagian peruncitan (retail), makanan dan minuman yang berada di KLIA, KLIA2, Langkawi (LGK), Penang (PEN), Kuching (KCH) ataupun Kota Kinabalu (BKI).

Menurut MAHB, kempen ini merupakan salah satu usaha dalam perubahan lapangan terbang di Malaysia yang bukan hanya berfungsi sebagai hab pengangkutan sahaja tetapi ke arah cara hidup dan destinasi beli belah dalam masa yang sama boleh menghargai pengunjung lapangan terbang serta mencapai startegi komersial.

Jika anda rasa adalah sukar untuk menang, anda boleh meningkatkan peluang kemenangan dengan  berbelanja bersama rakan kongsi kempen antaranya Maybank, Eraman, Boost, Malaysia Airlines dan Petron.

Untuk pertama kali, kempen ini turut mengadakan hadiah bonus khas untuk mereka yang berbelanja di PEN, LGK, BKI atau KCH iaitu sebuah motosikan jenama Ducati Monster 821. Antara hadiah lain yang boleh ditebus ialah pengalaman Mclaren Paddock di Singapura dengan dua tiket penerbangan return kelas pertama bernilai sekitar RM180,000.

Kempen License To Win Malaysia Airports 1

Pada tahun lalu, pemenang kempen ini, Ryan Ong berjaya memenangi Aston Martin DB11 dengan hanya melakukan pembelian sebotol minyak wangi untuk rakannya.

Untuk melihat hadiah utama kempen yang berlangsung sehingga 31 Januari depan, anda bolehlah pergi ke Dewan Perlepasan KLIA.

Sumber: FMT

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2S7H5InPqG/