
‘Habis Kedai Tomyam Tutup’, Ini Respon Tun M Mengenai Cadangan Gaji Minimum RM1,800
Tiga hari lalu, kerajaan mengumumkan gaji minimum RM1,200 di 57 buah bandar-bandar Malaysia akan mula berkuat kuasa bermula 1 Januari 2020.
BACA: Kuat Kuasa Gaji Minimum RM1,200 Di 57 Bandar Utama Bermula Jan 2020 – Kerajaan
Kemudian, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dlaam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta agar gaji minimum penjawat awam ditetapkan kepada RM1,800 sebulan.
Menjawab tuntutan itu, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar memberitahu kerajaan akan mempertimbangkan cadangan tersebut.

Walaupun tugas CUEPACS adalah menjamin sesuatu yang lebih baik kepada penjawat awam, kerajaan turut berhak sebelum membuat keputusan dengan pandangan ‘cermin besar’.
Semasa diusulkan isu tersebut kepada Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir secara ‘berseloroh’ memberitahu ‘mereka’ akan membayar gaji seperti yang diminta tetapi kedai-kedai tomyam terpaksa ditutup kerana tidak mampu untuk membayar gaji pekerja.
Sumber: Astro Awani, Kini TV