Guru Dan Jurutera Antara Kerjaya Paling Susah Jumpa Jodoh – Statistik

Jika dahulunya golongan yang termasuk dalam kumpulan kerja profesional merupakan antara golongan yang paling mudah mendapatkan pasangan, namun kini semuanya sudah berubah.

Menurut statistik yang didedahkan oleh Pengarah Urusan satu platform digital mencari jodoh, Batuljannah.com, Dr Wan Hasifi Wan Zaidon mendedahkan kedua golongan kerjaya ini merupakan antara individu paling ramai mendaftar bersama mereka sehingga mencatatkan hampir 20% daripada jumlah keseluruhan pengguna bekerja yang mendaftar.

Mempunyai lebih 400,000 individu yang mendaftar sejak dilancarkan tahun lalu, statistik ini mmebuktikan faktor kerja yang tidak menentu dan bebanan tugas menjadikan mereka lebih gemar memilih platform dalam talian untuk mencari pasangan hidup.

Lelaki bekerjaya dalam bidang kejuruteraan mencatatkan peratusan tertinggi diikuti sektor perkilangan, badan beruniform dan penjawat awam, ,anakala bagi wanita pula, bidang pendidikan merupakan yang paling tertinggi diikuti dengan pentadbiran dan perkhidmatan kesihatan serta 92.8% daripada jumlah tersebut merupakan individu berusia 25 tahun ke atas.

Kerjaya Susah Dapat Jodoh

Portal mencari jodoh Baituljannah.com bukanlah seperti portal biasa sebaliknya laman ini hanya boleh diakses oleh individu berusia 18 tahun ke atas dengan pemantauan pihak pengurusan selama 24 jam bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini dan berlandaskan syariah Islam.

Menjamin keselamatan dan kerahsiaan data peribadi pengguna, pengguna hanya boleh bertukar nombor telefon selepas mencapai tahap yang ditetapkan atas persetujuan keduanya.

Menurut Dr Wan Hasifi, sehingga kini, lebih 1,000 pasangan sudah berjaya mendirikan rumah tangga dan berdasarkan rekod, mereka menyasarkan untuk 9,000 pasangan bakal melangsungkan ikatan perkahwinan, namun semuanya bergantung kepada perancangan mereka.

Sumber: Harian Metro

Trivia terminator.

Trivia Terminator

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.