Gurauan

Gurauan Melampau Kanak-Kanak Yang Harus Dipantau Segera Oleh Ibu Bapa

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sama ada di televisyen mahu pun di media sosial, kanak-kanak hari ini memang terlalu mudah terpengaruh dengan hiburan yang ada kalanya tidak sesuai dengan peringkat umur mereka.

Keadaan ini menyebabkan mereka turut terikut-ikut membuat lawak dan bergurau mengikut apa yang telah ditonton tersebut serta menjadikannya sebagai satu kebiasaan dalam pergaulan seharian.

Seorang penulis, Wan Nur Syakira yang sering membuat perkongsian mengenai ilmu keibubapaan dan pendidikan seksualiti di laman Facebooknya telah membuat satu hantaran yang membincangkan tentang permasalahan tersebut.

Berikut merupakan perkongsian yang dibuat olehnya untuk dijadikan panduan dan iktibar kita bersama.

Gurauan

Selalu pesan pada anak, bergurau dengan kawan jangan sesekali melibatkan private part.

Anggota sulit/private part:

– Bibir
– Kemaluan (zakar/faraj)
– Punggung
– Paha

Gurauan yang tak dibenarkan:

❗ Londehkan seluar kawan sehingga terlihat private part atau seluar dalam
❗Tepuk punggung kawan
❗Sentuh kemaluan kawan
❗Gurau dengan sebut saiz private part kawan (kecil/besar) atau boleh kata body shaming
❗ Cakap “aku cium mulut kau kang” dengan niat gurau
❗Ambil gambar private part kawan dan sebarkan sesama rakan

Kanak-kanak boleh bergurau dengan melampau kalau tidak diingatkan dan dibimbing.

Mungkin ada di antara mereka tak tahu apa yang dibuat itu salah.

Dan sekiranya ia melibatkan private part, boleh dikategorikan sebagai gangguan seksual.

Gangguan seksual ada banyak jenisnya:

1- Melalui isyarat
2- Melalui mesej atau alat komunikasi
3- Melalui perbuatan
4- Melalui kata-kata

Kita tak nak anak-anak jadi mereka yang melakukan gangguan seksual kepada rakannya sendiri dalam keadaan mereka tidak sedar dan apatah lagi dalam keadaan sedar dan tahu.

Bergurau boleh,

✅ Jangan sampai menipu
✅ Jangan sampai melampau dan menyinggung hati perasaan orang
✅ Jangan sampai membuli
✅ Jangan sampai melakukan gangguan seksual secara tak sedar atau sedar

Bergurau secara sederhana dan pastikan kedua pihak merasakan gurauan itu selesa dan mengeratkan hubungan.

Bukan mencetus rasa tak selesa dan mengeruhkan hubungan.

Wan Nur Syakira
#pendidikanseksualitibermuladarirumah

BACA: ‘B***h’, ‘S**l’, ‘B**i*’ – Beginikah Cara Anak-Anak Muda Sekarang Bercakap?

Sumber: Wan Nur Syakira