
Gurau ‘Tarik Kerusi’ Bertukar Tragedi, Gadis Ini Lumpuh Selepas Tulang Belakang Disahkan Patah
Dalam banyak-banyak gurau di zaman sekolah, yang paling popular sekali sudah tentulah gurauan menarik kerusi ketika rakan mahu duduk.
Apabila melihatkan rakan jatuh terjelepuk, maka itulah saat yang paling menggelikan hati untuk semua orang.
Gurauan ini kadangkala dilihat agak melampau namun pada ketika itu kita hanya memikirkan keseronokan dapat mengusik rakan, bukannya keselamatan mereka.
Namun tahukah anda gurauan ini sebenarnya berbahaya?
Seorang pelajar perempuan, Sinta Auliya menerusi ciapan di laman Twitternya memberitahu gurauan ‘tarik kerusi’ rakannya telah menyebabkan beliau mengalami keretakan pada tulang ekor, patah pada tulang belakang yang akhirnya membawa kepada lumpuh.
Dalam perkongsian pada 11 Disember lalu, Sinta memberitahu beliau hampir putus asa kerana tidak boleh berjalan malah berdiri disebabkan gurauan itu dan terpaksa mengengsot sekiranya mahu ke tandas.
Pada awalnya beliau tidak menyangka sakitnya akan menjadi seteruk itu dan hanya mendapatkan urutan tradisional namun ianya menjadi lebih buruk dan akhirnya memaksa beliau ke hospital.
Pada awalnya, beliau takut untuk menjalani pembedahan dan mengikuti sesi rawatan fisioterapi, namun disebabkan tiada perubahan beliau terpaksa memberanikan diri menghadapinya bagi merawat tulang belakangnya.
nah disini aku makin parah, aku gabisa jalan, ga bisa duduk. dan akhirnya aku nyerah & terpaksa operasi tulang ekor & pembenaran tulang belakang aku. diumur 14th itu aku gabs ngerasain masa2 suka sama kakel yg ganteng, krn aku lg berjuang buat bs sembuhðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜‚
— sinta (@jelebgt) December 11, 2019
Walaupun sudah tiga tahun berlaku (2016) dan tulang belakangnya tidak boleh pulih 100%, Sinta bersyukur beliau dapat kembali berjalan dan baik sehingga kini.
Terpaksa melupakan impian untuk mendaki gunung kerana keadaannya yang tidak mengizinkan, Sinta akui kadangkala beliau merasa dendam kepada rakannya kerana mengakibatnya jadi sebegitu.
Jadi jika anda masih lagi mengamalkan gurauan tarik kerusi sebegini, maka hentikanlah. Jangan kerana keseronokan sementara, kita hilang nikmat kesihatan.
Sumber: @jelegbt
Trending now



