
Gunung Sinabung Mungkin Akan Meletus Lebih Besar Dan Kerap
Selepas 14 bulan tidak aktif, Gunung Sinabung kembali meletus pada jam 1.58 pagi 8 Ogos lalu dengan memuntahkan abu vulkanik setinggi 2,000 meter.
BACA: Asap Tebal Setinggi 15KM Punca Amaran ‘Tsunami Gunung Berapi’ Dikeluarkan Filipina
Gunung itu kemudiannya meletus buat kali kedua pada jam 5.18 petang hari sama dengan melepaskan abu vulkanik setinggi 1,000 meter.

Semalam, Gunung Sinabung dilaporkan meletus lagi dengan melepaskan abu vulkanik setinggi 5,000 meter pada jam 10.16 pagi dan 2,000 meter pada jam 11.17 pagi.
Another horror scenea in 2020. Gunung Sinabung erupsi. pic.twitter.com/iPN4toNlnk
— Widas ✨🌙 (@WidasSatyo) August 10, 2020
Susulan daripada kejadian tersebut, Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Geologi Indonesia (PVMBG) menasihati orang awam di kawasan Gunung Sinabung supaya berhati-hati kerana ada kemungkinan gunung tersebut akan terus aktif dalam masa terdekat berikutan kekerapan jumlah gempa tektonik yang berlaku belakangan ini.
Menurut salah seorang pegawai di pos pemantau Sinabung, abu letusan gunung berapi daripada letusan terbaharu ini menyebabkan langit di tiga kawasan berdekatan sehingga radius 30km dari gunung menjadi gelap terutamanya di kawasan Namanteran, Merdeka dan Berastagi.
https://twitter.com/merapi_news/status/1292752250008305664
`kondoms Gelap kan? Padahal video ini diambil siang hari. Gelap karena erupsi Gunung Sinabung. Mohon doanya untuk saudara-saudara kita disana pic.twitter.com/g1GVSCT7Wp
— TUBIRFESS | DILARANG JUALAN DI BAWAH TWEET MENFESS (@tubirfess) August 10, 2020
Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memberi amaran bahawa debu dan asap dari gunung tersebut dijangka akan memasuki ruang udara utara Selat Melaka dan membabitkan beberapa negeri di Malaysia iaitu Perak, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Dalam perkembangan baharu semalam, MetMalaysia melaporkan tiada lagi asap debu kesan letusan Gunung Berapi berterbangan di ruang udara Malaysia.
Indonesia terkenal sebagai salah sebuah negara yang mempunyai bilangan gunung berapi terbanyak di dunia selepas Amerika Syarikat dan Rusia dengan jumlah kesemuanya sebanyak 139 buah.