
‘Gunjan Saxena: The Kargi Girl’, Filem Inspirasi Yang Diadaptasi Daripada Kisah Benar
Diinspirasikan daripada kisah benar seorang juruterbang India, Gunjan Saxena mencipta sejarah sebagai juruterbang tentera udara wanita India pertama dalam pertempuran di Kargil.

BACA: Tonton Trailer Rasmi ‘The Cave’, Inspirasi Dari Tragedi Gua Tham Luang
Dilakonkan oleh Janhvi Kapoor Pankaj, filem biografi yang diarahkan oleh Sharan Sharma ini merupakan salah satu filem yang wajar anda tonton.
Biarpun diperkecilkan kerana kerjaya ini majoritinya dikuasai lelaki, Gunjan tanpa berputus asa dengan dorongan ayahnya meneruskan minatnya dalam bidang penerbangan.
Kisah yang memaparkan perjalanan hidup Gunjan daripada kecil sehinggalah dewasa ini mungkin nampak tidak menarik, namun babak yang disusun secara teratur menjadikan kisah biografi ini tidak membosankan.
Selain daripada kisah di atas, ada beberapa kisah yang diangkat daripada jenayah sebenar.
Sebagai contoh, Girl in the Basement papar kisah anak yang 25 tahun menjadi mangsa nafsu ayah sendiri.
Diangkat daripada kisah sebenar, filem jenayah Girl in Basement mengisahkan mengenai seorang remaja perempuan, Sara (lakonan Stefanie Scott) yang dikurung ayahnya, Don (lakonan Judd Nelson) di ruang bawah tanah rumah mereka.
Sepanjang kehilangan Sara, Don berusaha meyakinkan isterinya, Irene (lakonan Joely Fisher) bahawa Sara telah melarikan diri dari rumah mereka.
25 tahun menjadi mangsa nafsu serakah ayah sendiri, Sara melahirkan beberapa orang anak sehinggalah anak bongsunya dibawa Don yang berpura-pura merancang bahawa Sara tidak mampu menjaga anak tersebut dengan meletakkannya di hadapan rumah mereka berserta dengan sepucuk surat.