
Guna Tulang Haiwan, Lebih 120 Jenama Penapis Air Diragui Status Halal
Dalam era masa kini, menjadi keperluan buat setiap keluarga untuk memiliki penapis air di rumah.
Namun dengan lambakan pelbagai jenis penapis ini yang ada dalam pasaran menjadikan kita lupa mengenai perkara paling penting iaitu status halalnya.
Disebabkan itu ramailah yang tertipu dengan tawaran harga penapis ini yang dijual dengan harga jauh lebih murah berbanding jenama lain.
Biasanya mereka dapat menawarkan harga murah ini datangnya dari China dan Taiwan kerana menggunakan bahan daripada tulang haiwan sebagai karbon aktif bagi menapis kotoran dan membekalkan kalsium pada air.
Status sembelihan diragui kerana kebarangkalian untuk tulang yang diambil daripada sumber haram atau syubhah adalah tinggi.
Berbeza dengan penapis yang memiliki status halal, mereka biasanya menggunakan cengkerang laut, tempurung kelapa dan sisik ikan talapia sebagai bahan karbon aktif.
Bagi mengelakkan berlakunya keraguan, pihak JAKIM telah mewajibkan supaya jenama penapis air terutamanya yang diimport dari luar negara mendapatkan pengesahan halal sebelum ditawarkan di pasaran.
Sumber: HM
BACA: TNB Dedah Penapis Air Antara Punca Bil Elektrik Tinggi