
Guna Telefon Pintar Lebih Lima Jam Sehari Berisiko Obesiti – Kajian
Masyarakat kini tidak berenggang dengan telefon pintar sebagai kegunaan harian. Tidak dapat bayangkan bagaimana kehidupan era ini tanpa gajet kerana semua perkara hanya dihujung jari sahaja.
Jika dahulu ia sebagai peranti teknologi maklumat, tetapi kini telah mengubah corak budaya masyarakat moden. Mungkin sebelum ini anda pernah mendengar penggunaan telefon pintar terlalu lama boleh mengganggu kesihatan mental.
Kajian baharu yang dibuat oleh sekumpulan saintis di Simon Bolivor UNiversity mendapati individu yang menggunakan telefon pintar lebih lima jam dalam tempoh sehari berisiko mengalami peningkatan obesiti sehingga 43%.
Dalam kajian yang dibentangkan di ACC Latin America Conference 2019, saintis menjalani pemerhatian dan kajian terhadap 1,060 mahasiswa di Fakulti Sains Kesihatan, Simon Boliver University bermula dari bulan Jun sehingga Disember 2018.

Melalui jumlah itu, seramai 700 orang wanita manakala selebihnya lelaki yang berusia 19 hingga 20 tahun. Keputusan mendapati, responden lelaki didapati 36.1% mengalami lebih berat badan dan 42.6% mengalami obesiti. Manakala wanita, 63.9% lebih berat dan 57.4% mengalami obesiti.
Risiko obesiti akan meningkat 43% lebih tinggi jika menggunakan telefon pintar melebihi lima jam sehari. Ia disebabkan mereka yang meluangkan masa dengan telefon pintar cenderung mengambil makanan ringan, minuman manis dan makanan segera.
Hasil kajian menunjukkan mereka yang meluangkan masa terlalu lama terhadap telefon pintar lebih cenderung mengamalkan gaya hidup tidak sihat sekali gus mendedahkan mereka mendapat penyakit.
Adakah masa depan akan menjadi seperti yang digambarkan dalam filem animasi dari Pixar Animation Studio iaitu filem Wall-E?
Sumber: ACC