
Guna Simbol Bintang 5 Bucu, Persatuan Taekwondo Ini Dakwa Ianya Bukan Bendera Tapi Logo
Belum lagi reda isu Jalur Gemilang lima bucu di Majlis Perasmian Kejohanan Bola Keranjang di bawah anjuran Malaysian Basketball Association (MABA) semalam, tular lagi beberapa keping gambar yang memperlihatkan maruah Jalur Gemilang diperkotak-katikkan dipermainkan oleh pihak CK Classic International Taekwondo Championship.
BACA: Papar Jalur Gemilang Lima Bucu, MABA Mohon Maaf
Bukan merupakan kesalahan kali pertama, ada yang sempat menangkap layar poster dan bunting pada kejohanan sebelum ini sehingga telah menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia.
Seakan sengaja menimbulkan provokasi, ulangan beberapa episod kesalahan Jalur Gemilang ini memang tidak dapat diterima akal, takkan lah tak ada satu pihak pun yang perasan mengenai kesalahan tersebut?
https://www.facebook.com/CKMALAYSIACLASSIC/posts/1030709013789603?__xts__%5B0%5D=68.ARCBBRImktux_tfVv1-4pvW2jQhFfjKs3UjzmfJe6cSPLUnlGNpvbQ_08_V2GIV6gfWH8qMpG1XOnKzy4v6L4-qd9EqMLQnJz9STiZMS5NRMQ3s_GtUOMtajiGB9GTn0zAjcdvtXTwo2NdYo1qWK_UCAKxjaXrJtGW_v3_hMgOnbSj_jQbTy1tEDnQYhziu9nV0coYOnzwt54YJ8LmndXEy-PE0JJdAue6ssy4CdkUB24JxVIUQzArWXomHC14ylqLWyNDN3xBCqmLFBV17_-R2zhiXwXQ2OW-k-Mn7qwilJ1aNHz-8CUJD_DLwp7k6aC9-nOtTothV_u3dhNAI2ErGZIg&__tn__=-R
Atau semua kesalahan ini sememangnya disengajakan?
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh persatuan ini tiga jam lalu di laman Facebook Page rasmi, pihak mereka menegaskan ianya adalah bukan gambar bendera Malaysia, sebaliknya hanyalah simbol yang dihasilkan bagi merangkumi Malaysia dan Selangor yang menjadi tuan rumah dan lokasi pertandingan tersebut diadakan.
Ada yang pernah main permainan video ini?
SEKIRO : Shadows Die Twies (2019)
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.