
Guna Sarung Tangan Berisi Semut Peluru Untuk Uji Akil Baligh, Kenali Suku Yang Masih Amalkan Adat Ini
Akil baligh adalah satu fasa yang akan dialami apabila individu meningkat dewasa di mana tubuh badan akan berubah daripada kanak-kanak ke dewasa.
Walaupun peringkat akil baligh boleh dilihat secara luaran sahaja menerusi perubahan fizikal badan, suku asli asal yang tinggal di hutan Amazon, Brazil iaitu Satere – Mawe memiliki cara unik lain bagi menguji tahap akil baligh seseorang iaitu dengan menggunakan sarung tangan berisi semut peluru.
Untuk pengetahuan anda semut peluru merupakan yang pertama dalam memberikan kesakitan paling ekstrem antara serangga.

Dengan saiz panjang satu inci (18-25mm), kedua-dua tangan ‘mangsa’ akan disapukan dengan arang dan kemudiannya dipakaikan sarung tangan yang diperbuat daripada daun berisi ratusan semut peluru selama 10 minit dan mengulanginya sebanyak 20 kali membawa kepada jumlah masa sebanyak 11 jam!

Untuk mengurangkan rasa sakit, sepanjang adat tersebut berlangsung mereka akan menari bersama ketua adat yang turut berdoa.
Kesan daripada sengatan semut peluru ini menyebabkan seseorang terasa panas seperti luka terbakar dan lumpuh untuk sementara waktu. Dan ianya boleh berlangsung sehingga 24 jam.
“Dengan sengatan semut peluru, rasa sakit akan menjalar ke seluruh tubuhmu. Anda akan mula berpeluh, menggeletar, kadar denyutan jantung meningkat dan sekiranya disengat beberapa kali mungkin akan menyebabkan pengsan.”
Dan sekiranya orang dewasa dengan berat badan 74kg disengat sebanyak 2,250 kali, ianya boleh membawa maut!
Tonton ritual adat suku kaum Satere dalam pautan di bawah: