Syukor Hashim

Guna RM10 Ribu Dari KWSP Untuk Beli Emas Fizikal, Berbaloi Atau Tidak?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Permohonan pengeluaran khas sehingga RM10 ribu dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini telah mula boleh dibuat oleh pencarum.

Mereka yang telah lama berhasrat untuk membuat pengeluaran tersebut pula kini semakin sibuk membuat perancangan untuk memenuhi kehendak dan keperluan masing-masing.

Menghampiri 1 Syawal yang kian menjelma, sudah tentu ramai yang mengambil kesempatan untuk menggunakan wang tersebut sebagai persediaan menyambut Hari Raya, kan?

Mereka yang masih tidak mempunyai apa-apa perancangan pula mungkin boleh mempertimbangkan cadangan dari Syukor Hashim ini yang dibuat melalui satu hantaran di Facebooknya.

Syukor Hashim

Gais,

Saya pasti ramai orang yang ambil peluang untuk mengeluarkan RM10,000 daripada KWSP kan?

Jadi ada orang tanya. Buat beli emas bagus ke tak?

Well, saya ada pengalaman mengeluarkan duit dividen dan bonus ASB untuk tujuan beli emas fizikal 100gram.

Tahun 2009, saya dapat dividen dan bonus ASB berjumlah RM15,457 (tengok gambar)

Tanpa berfikir panjang saya keluarkan semua duit ini dan beli emas fizikal 100gram.

Untuk pengetahuan anda, tahun 2009, harga emas 100gram 999.9 hanyalah sekitar RM12,000.

Kenapa saya keluarkan duit ini dan beli emas fizikal?

Salah satu sebabnya adalah emas fizikal nie seronok bila boleh pegang di tangan.

Rasa teruja dia lain macam berbanding tengok nombor dalam statement ASB. Nombor nie kita seronok tengok sahaja tapi emas fizikal kita seronok tengok dan pegang.

Keseronokan memegang emas fizikal inilah yang mendorong saya mengumpul emas sedikit demi sedikit sampai jadi banyak.

Jadi, kalau anda nak keluarkan duit KWSP dan beli emas fizikal. Yes saya boleh syorkan, sebab saya ada pengalaman tu.

Sayangilah duit anda. Jangan dihanguskan sesuka hati. Sebab sekali duit hangus memang akan menyesal di kemudian hari.

Namun kalau anda gunakan untuk beli aset fizikal seperti emas dan perak, nescaya dalam jangka masa panjang anda akan tersenyum 🙂

Sebagai contoh, emas 100 gram yang berharga RM12,000 pada tahun 2009 kini telah berharga RM27,700 pada tahun 2022.

Ini adalah kenaikan 130.83% . Alhamdulillah.

Sekian perkongsian pengalaman saya 🙂

#NotaEmasSyukorHashim

Sumber & kredit foto: Facebook Syukor Hashim