
Guna Kalimah Allah Dalam Lagu, Jay Park Dan Joe Flizzow Jawab Kritikan
Nama penyanyi rap popular Jay Park dan Joe Flizzow menjadi trending di laman sosial Twitter semalam apabila sebuah lagu yang dirakamkan penyanyi itu didakwa kandungan liriknya tidak sensitif.
Lagu tersebut berjudul “Twisted Dreams” merupakan kolaborasi bersama Jay Park, Joe Flizzow, Jay Electronica dan DJ Begun adalah lagu yang dikeluarkan pada 13 Jun 2019.
Lirik dalam lagu tersebut mengundang kritikan terutama masyarakat Muslim apabila ia melibatkan kalimah Allah dan dianggap telah menghina agama Islam.
Rata-rata netizen memberi reaksi kesal dan marah dengan perkara tersebut, lebih-lebih lagi apabila penyanyi rap negara, Joe Flizzow turut terlibat dalam pembikinan lagu itu.
Tidak mahu mengeruhkan keadaan, Joe Flizzow memperjelaskan mengenai lagu tersebut di Instagram story miliknya. Katanya, ia tidak sepatutnya dijadikan isu berikutan bahagian lirik itu dinyanyikan oleh Jay Electronica yang juga beragama Islam.
Jelasnya, lirik tersebut juga tidak membawa makna yang jahat atau menghina agama. Menurutnya lirik lagu itu membawa maksud tentang bersalaman tetapi pada zaman ini lebih ramai orang lebih sanggup memberi dan mengambil benda-benda haram.
Joe juga meminta pendengar baca keseluruhan isi kandungan sesuatu lagu sebelum membuat sebarang andaian.
Tidak terhenti di situ, isu berkaitan nama Allah juga tercetus dalam lirik lagu Mukbbang (Remix) nyanyian Jay Park yang dikeluarkan pada 4 Disember 2020.
Mana tidaknya, lirik “worship me like Allah” dalam lagu berkenaan sangatlah tidak sensitif yang turut melibatkan soal agama.
Tw // islamophobic
The fact that jay park also wrote this song just shows how disrespectful he is ,, when will these artists stop using islamic things for their aesthetics and hv a basic decency for our religion ? Its too normalized and got swept under the rug everytime 🙁 pic.twitter.com/yyfuPIsyFP
— Lia⁷ (@yerinkth) May 27, 2021
Dia yang juga bekas ahli kumpulan 2PM tampil menjawab kritikan mengatakan tidak berniat untuk menyinggung perasaan sesiapa atau tidak menghormati kepercayaan masyarakat.
Katanya, dia hanya menganggap itu sekadar lirik untuk dia berkarya dan tidak menolak untuk mereka yang mahu membencinya.
Selepas beberapa ketika, Jay Park menjelaskan sekali dengan memohon maaf atas isu yang berlaku kerana telah menyentuh sensitiviti masyarakat Muslim.
“Pada awalnya, saya tidak melihat lirik itu salah. Namun setelah membaca komen (bukan komen yang berbaur kebencian tetapi komen yang cuba menerangkan mengapa ia menyinggung perasaan, saya sedar saya telah menggunakan kalimah yang penting. Ada orang yang sanggup hilang nyawa demi kalimah tersebut (kalimah Allah).
🙏❤️ I humbly apologize. pic.twitter.com/uOUwxzqdN0
— JAY BUM PARK (@JAYBUMAOM) May 27, 2021
“Saya memohon maaf kepada anda semua. Niat saya bukanlah untuk tidak menghormati sesiapa dan saya akan lebih berhati-hati. Saya sayang dan hormati semua peringkat masyarakat berlainan budaya, etnik dan agama.”
I see where yall comin from now. Thanks to those who were kind enough to explain. Love ❤️🙏
— JAY BUM PARK (@JAYBUMAOM) May 27, 2021