Pusara Kereta Salak Expressway

Guna Google Maps Nak Tahu Di Sebalik Pagar Zink Biru Di Salak Expressway, Netizen Terkejut Jumpa ‘Pusara Kereta’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sejak wujudnya Google Maps, ia banyak memberi bantuan kepada para pengguna kerana boleh melihat landskap di sesuatu kawasan yang diinginkan.

Selain itu, terdapat fungsi Google Street View yang membolehkan pengguna melihat jalan, bangunan dan rumah dengan lebih dekat.

Seorang pengguna TikTok, @heartpatrick yang curiga di sebalik pagar zink biru di sepanjang Salak Expressway, Cheras telah menggunakan Google Maps untuk mengetahui kawasan tersebut.

Apabila melihat menerusi ‘aeriel view’, dia menjumpai imej lambakan kereta buruk yang berhimpit antara satu sama lain.

Imej tersebut menarik perhatian netizen yang menganggap keadaan itu seperti sebuah pusara kereta.

Pusara Kereta Salak Expressway
Sumber: TikTok

Sering berlaku kemalangan

Dalam pada itu, netizen juga mendakwa laluan tersebut sering berlaku kemalangan lebih-lebih lagi ketika waktu hujan yang berkemungkinan disebabkan minyak bocor dari kenderaan-kenderaan terbengkalai itu.

“Bila dia lupus kereta, minyak-minyak dari kereta banyak mengalir masuk higway dan pula situ berbukit. Rumah saya belakang tu je. Selalu accident kat sini.”

“Kat Cheras ni. Dulu tol 50sen. Sekarang dah jadi tempat lupus kereta. Kawasan paling merbahaya waktu hujan. Jalan sangat licin.”

“Ini tempat kereta tersadai di sekitar lebuh raya Salak. Ruang tersebut sepatutnya boleh digunakan untuk besarkan jalan.”

Difahamkan, kawasan tersebut berkeluasan 1.5 hektar merupakan Depoh Simpanan Kenderaan Taman Connaught yang dikhususkan bagi kenderaan buruk yang ditunda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Berdasarkan maklumat, depoh tersebut mampu menempatkan kira-kira 1,5000 kenderaan buruk yang tersadai dalam masa serentak.

Kebanyakan kenderaan tersadai di situ merupakan kenderaan yang tidak dituntut pemilik atas pelbagai sebab seperti kereta mempunyai hutang, tidak tahu proses melupuskan kenderaan buruk lalu dibiarkan di bahu jalan atau lokasi tumpuan dan juga pemiliknya sudah meninggal dunia.

@heartpatrick

Searching for Bumblebee 🚗🚙🔎🚕🚚🛻 #tiktokmalaysia #abandoned #abandonedplaces #cargraveyard

♬ Scary – Background Sounds

BACA: Proton Perdana Milik Tun M Ditemui Dalam Satu Bangunan Terbengkalai Di UK