
Guna Bahasa Mandarin Ketika Acara Rasmi, Tindakan Kurang Sensitif Samsung Malaysia Undang Kecaman
Ketika Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan lantangnya menggesa penggunaan Bahasa Melayu diperluaskan, ini pula jadinya.
Entah kenapa saban hari, semakin banyak pula kes penggunaan Bahasa Melayu diperlekehkan dengan begitu menyedihkan sekali.
BACA: “Rakyat Malaysia Sendiri Tidak Gunakan Bahasa Melayu”, Komen-Komen Netizen Indonesia Ini Bikin Panas
Tidak seperti negara Asia yang lain seperti Thailand, Indonesia, Korea Selatan, China dan Jepun, sekiranya ada bangsa asing datang ke negara mereka untuk buat bisnes, mereka ‘dipaksa’ agar berkomunikasi menggunakan bahasa kebangsaan mereka.
Kalau tak faham sangat, nasiblah. Pergi buka kamus atau ambil khidmat penterjemah. Habis cerita. Jangan harap rakyat mereka terhegeh-hegeh nak gunakan Bahasa Inggeris pula. Walaupun mereka tahu menggunakannya, mereka tak pandang langsung Bahasa Inggeris!
“Kalau kamu datang sini, belajar cara gunakan bahasa kami. Bukan sebaliknya! Takkanlah kami pula yang nak kena belajar gunakan bahasa lain?”. Itulah mesej jelas dari rakyat negara Asia yang lain yang amat mencintai bahasa mereka sendiri.
Di Malaysia, Bahasa Melayu dianggap tak ada standard. Lagi hebat ‘speaking London’, maka lagi tinggilah taraf seseorang itu dipandang.
Bahasa Mandarin juga nampaknya kini semakin diutamakan. Lihat sahaja rata-rata iklan jawatan kosong sekarang – “Chinese preferred. Mandarin Speaking Only”. Aduh. Apalah nasib Bahasa Melayu.
Sampaikan acara rasmi pelancaran produk pun khabarnya sekarang dah pakai Bahasa Mandarin. Hebat! Inilah yang didedahkan oleh Asraff Jeffery di laman Facebooknya berikut.
Saya masuk dalam industri IT dari tahun 2013 dan banyak event yang saya sudah hadiri.
Disebabkan kebanyakan pekedai adalah orang Cina, maka banyak event dijalankan dalam dua bahasa; English dan Mandarin (?).
Saya tiada masalah kerana menghormati majoriti. Memang boleh kira dengan jari pun pekedai-pekedai Melayu, India dan bangsa lain.
Tapi, saya sangat anti dengan event yang dibuat secara total dalam Mandarin seperti dalam video ini. Kita rakyat Malaysia, kalau anda tidak pandai berbahasa, itu pun sudah salah tapi saya faham, cuma, gunalah English.
Semua orang faham.
Untuk pengetahuan anda, Malaysia antara negara yang secara purata, rakyatnya mampu bercakap 2-3 bahasa dengan lancar berbanding Jepun dan Korea.
Samsung Malaysia sepatutnya sensitif dengan perkara sebegini. Kalau anda nak guna bahasa Korea, saya boleh faham. Ini secara total Mandarin, terbukti orang atasan Samsung Malaysia rasis.
Untuk pengetahuan anda, MC memang dual-language. Tetapi slot-slot lain termasuk persembahan, semua dalam Mandarin.
Saya rasis? Tak. Saya patriotik!
Patriotik adalah salah satu sifat orang yang beragama.
Harap anda semua boleh share post ini supaya viral dan Samsung Malaysia buat sesuatu dengan masalah ini. Tahun 2022 tapi masih berperangai sebegini, keji.
Sumber: Facebook Asraff Jeffery
Trending now



