Cara Jimat Bayar Bil Guna Razer Pay

Guna Aplikasi Ini Jika Nak Jimat Bayar Bil Utiliti Setiap Bulan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Guna Aplikasi Ini Jika Nak Jimat Bayar Bil Utiliti Setiap Bulan.

Pelbagai dugaan dan cabaran yang kita hadapi sejak bermula pandemik awal tahun 2020 hingga ramai yang terjejas dalam pekerjaan.

Ditambah pula ada sahaja isu yang tidak masuk akal timbul tidak semena-mena dengan bil yang melambung. Jadi, mulalah orang ramai tidak puas hati dengan beban yang menimbun.

Apabila sudah mendapat gaji, kegembiraan hanyalah sementara apabila mula runsing untuk membahagikan gaji bulanan untuk membayar bil utiliti seperti bil air, Internet, Astro dan lain-lain.

Kalau orang biasa, akan bayar bil-bil utiliti ini melalui perbankan internet sahaja.

Sebenarnya, anda boleh bayar bil utiliti ini semua dengan lebih jimat dan mudah melalui satu aplikasi ini.

Contohnya, jika anda perlu membayar bil RM100, apabila mendapat diskaun dalam RM2 atau RM5, anda hanya perlu membayar bil sebanyak RM95 sahaja.

Caranya, buat pembayaran melalui aplikasi Razer Pay.

Cara Jimat Bayar Bil Guna Razer Pay

Razer Pay merupakan salah satu dompet digital yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia dan diterima di sejumlah lokasi termasuk di 7-Eleven, Tealive dan beberapa lokasi lain.

Anda boleh jimat RM2 atau RM3 atau 10 peratus diskaun, bergantung kepada kupon yang ada.

Kupon ini boleh digunakan untuk membayar bil telefon, bil air, bil Astro, dan sebagainya!

Terdapat di lebih dari 300,000 kedai dan ia boleh digunakan dalam talian dan juga di kedai fizikal.

Bagaimana untuk membuat pembayaran di aplikasi Razer Pay? Mudah sahaja!

1. Muat turun aplikasi Razer Pay (akaun mesti di varified).
2. Dapatkan kupon (pergi ke bahagian ‘Kupon’ dan klik untuk menerima).
3. Pilih pembayaran bil.
4. Pilih perkara yang hendak dibayar.
5. Gunakan kupon untuk pembayaran.

Untuk top up di Razer Pay, hanya boleh gunakan online banking/ debit card sahaja. Jadi, hanya tambahkan duit di Razer Pay apabila mahu membayar bil sahaja.

Kenapa perlu bayar bil sepenuhnya sedangkan boleh bayar dengan bayaran diskaun?

Muat turun Razer Pay:

Android
iOS

BACA: Tiada Lagi Guna Duit Syiling, Ini 4 Aplikasi E-Dompet Terpilih Bayar Parkir Di Kuala Lumpur