Guna Air Tandas, Penuh Najis Tikus – Premis Kilang Roti Kotor Diserbu DBKL 4

Guna Air Tandas, Penuh Najis Tikus – Premis Kilang Roti Kotor Diserbu DBKL

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Guna air tandas, penuh najis tikus – premis kilang roti kotor diserbu DBKL.

Kebersihan merupakan salah satu faktor utama yang dipentingkan dalam setiap operasi penghasilan makanan.

Semalam, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dilaporkan telah melakukan serbuan di sebuah kilang roti di Taman Gembira dekat Jalan Kuchai Lama selepas didapati menggunakan air dari tandas yang kotor.

Guna Air Tandas, Penuh Najis Tikus – Premis Kilang Roti Kotor Diserbu DBKL 3
Sumber: @redzuanNewsMPB

 

Guna Air Tandas, Penuh Najis Tikus – Premis Kilang Roti Kotor Diserbu DBKL 2
Guna air tandas yang kotor. Sumber: @redzuanNewsMPB

Malah pihak DBKL juga mendapati, proses penyediaan makanan di premis dan bahan mentah dilakukan di atas lantai yang basah, kotor dengan sisa makanan serta dinding yang berdaki hitam.

Antara kesalahan lain yang didapati ialah pihak premis menggunakan peralatan dan kelengkapan memproses makanan dalam keadaan kotor dan usang selain daripada menggunaan sumber air dari tandas yang kotor serta terdapatnya kesan hurungan najis tikus dalam stor tempat penyimpanan peralatan dan bahan mentah.

Guna Air Tandas, Penuh Najis Tikus – Premis Kilang Roti Kotor Diserbu DBKL 1
Sumber: @redzuanNewsMPB

 

Guna Air Tandas, Penuh Najis Tikus – Premis Kilang Roti Kotor Diserbu DBKL
Sumber: @redzuanNewsMPB

 

Guna Air Tandas, Penuh Najis Tikus – Premis Kilang Roti Kotor Diserbu DBKL 5
Sumber: @redzuanNewsMPB

Premis itu kemudiannya diarahkan tutup  di bawah Perintah Penutupan Premis – Seksyen 11 Akta Makanan 1983 berkuat kuasa hari ini.

Isu halal yang berkait rapat dengan kesucian makanan merupakan satu isu yang sensitif dalam kalangan masyarakat terutamanya masyarakat Muslim.

BACA: Kesucian Halal Restoran Pork Free Adakah Benar-Benar Menurut Piawaian Islam?

Sebelum ini, isu masih ramai yang tertipu dengan papan tanda serve no porkpork free dan no lard yang diragui sejauh mana kesucian halal kedua-duanyanya.

Apa yang membezakan halal dan no pork? 

HALAL – Premis bebas daripada menyediakan masakan berasaskan khinzir, arak dan haiwan darat yang tidak disembelih. Malah peralatan yang digunakan juga bebas daripada najis.

NO PORK – Premis hanya memaklumkan premis tidak menjual makanan berasaskan daging khinzir. Tidak boleh dianggap sebagai premis yang menjual makanan halal.