Gula-gula Ghost Smoke 1

Gula-Gula ‘Ghost Smoke’, Rokok Moden Kanak-Kanak Zaman Kini

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Di laman media sosial Facebook, tular satu paparan video berkenaan dengan jualan gula-gula Ghost Smoke yang apabila disebut akan mengeluarkan asap seperti rokok kepada pelajar sekolah rendah di Papar.

Gula-gula yang popular dalam kalangan kanak-kanak di sekitar pekan Papar ini dibimbangi akan memberikan kesan negatif kepada pemakannya kerana cara pemakanannya hampir seperti merokok.

Gula-gula Ghost Smoke

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Papar, Mohd Fauzi Sahat memberitahu berdasarkan surat dari Pejabat Kesihatan Papar, gula-gula tersebut telah melanggar Peraturan 11 (1), Peraturan-Peraturan Makanan 1983 kerana tidak menyatakan kandungan bahan tambahan makanan.

Biasanya dibeli oleh pelajar darjah lima dan enam, Mohd Fauzi turut menerima beberapa aduan daripada guru-guru di SK Pekan Papar mengenai gejala memakan gula-gula ini dalam kalangan pelajar sekolah berkenaan.

Walaupun gula-gula berkenaan sudah dirampas oleh Pejabat Kesihatan, guru-guru serta ibu bapa turut diminta untuk terus peka dalam memantau aktiviti anak-anak agar budaya ‘rokok moden’ tidak menjadi ikutan.

Gula-gula Ghost Smoke 2

Dengan harga semurah RM0.30 hingga RM1 untuk sepaket, tidak hairanlah ada di antara pelajar sekolah ini mampu membeli sekotak terus. Malah jika dilihat di platform beli-belah dalam talian seperti Shopee dan Lazada pun sudah ramai yang menjualnya secara terbuka.

Awasi anak-anak anda. Jangan biarkan mereka terjebak dengan gejala tidak sihat ini.

Sumber: Harian Metro