GST BAkal Kembali 1

GST Bakal Kembali Dilaksanakan Jika Itu Kehendak Rakyat – Tun M

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

1 Oktober lalu, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menyatakan harapan agar kerajaan memperkenalkan semula GST dalam Belanjawan 2020 bagi menutup jurang kewangan kerajaan.

Pengerusinya, Tan Sri Dr Kamal Salih berkata, cukai kepenggunaan tersebut merupakan cukai yang adil dan cekap berbanding SST dengan kesesuaian kadar sebanyak 3%.

Pengenalan cukai GST dalam kadar yang rendah bersama pemberian subsidi dikatakan dapat membantu mengurangkan kos sara hidup terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah.

GST BAkal Kembali

Menjawab isu ini, Tun M memberitahu pelaksanaan GST akan dikembalikan sekiranya itu kehendak rakyat namun untuk memasukkan ke dalam Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan Jumaat minggu hadapan mungkin tidak kerana ianya akan dilaksanakan kemudian.

Bagi Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), kerajaan perlu berani sekiranya pengenalan semula cukai GST mampu merancang dan menguruskan kewangan negara dan mengetepikan alasan politik.

Untuk rekod, GST diperkenalkan pada 1 April 2015 dengan kadar 6% sebelum dimansuhkan dan digantikan dengan SST yang diperkenalkan pada 1 September 2018. Selain Malaysia, lebih 160 buah negara luar turut melaksanakan GST dengan kadar cukai mengikut negara masing-masing.

Sumber: Berita Harian

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2S2hzYAIBw/