Graduan UTM Paling Laris Dalam Pasaran Kerja, Jadi Pilihan Utama Majikan

Tersenarai sebagai universiti kedua terbaik di Malaysia selepas Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berjaya menempatkan diri mereka di kedudukan 516 universiti terbaik di dunia.

Terkenal dalam bidang kejuruteraan baik di dalam atau pun luar negara, UTM berjaya mencapai taraf universiti tiga tahun lebih awal iaitu pada 14 Mac 1972 selepas bertukar daripada Institusi Teknologi Kebangsaan kepada Universiti Teknologi Malaysia pada 1 April 1975.

Graduan UTM Paling Laris Dalam Pasaran Kerja 3

Sempena meraikan 4,390 orang graduan pada Majlis Konvokesyen UTM yang ke-63 bermula 2-5 November lalu, Naib Canselor UTM, Prof Datuk Ir Dr Wahid bin Omar mendedahkan data kebolehpasaran graduan untuk mendapatkan pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat konvokesyen daripada Pejabat Pengajian Prasiswazah UTM pada 2018 adalah pada kadar 90.37%.

Peratusan ini telah menyumbang kepada angka alumni seramai 190,000 orang yang kini berada di seluruh pelusuk dunia bagi menyumbang kepada kesejahteraan sejagat.

Menurut beliau, ekosistem pembelajaran dan pengajaran di universiti telah mendedahkan pelajar UTM kepada pelbagai kemahiran termasuklah keusahawanan yang menjadi salah satu penyumbang kepada kecemerlangan graduan.

Data ini dibuktikan apabila sebuah badan penilai bebas dari Amerika Syarikat, US News yang telah meletakkan program kejuruteraan di UTM adalah di kedudukan 40 terbaik di Malaysia.

Graduan UTM Paling Laris Dalam Pasaran Kerja

Februari lalu, UTM telah dianugerahkan oleh Jobstreet.com sebagai ‘Jobstreet Preferred University 2019’ dan menjadikan penanda aras bahawa graduan UTM merupakan bakal pekerja yang paling disukai majikan melalui portal tersebut.

Pengiktirafan ini juga menunjukkan bahawa program akademik yang ditawarkan di UTM serta graduan UTM sudah diiktiraf di peringkat global.

Sumber: UTM News,

Dalam banyak-banyak filem P. Ramlee, mana satu yang paling kau orang ingat.

Babak Epik Filem-Filem P. Ramlee

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI