Protes Majlis Konvokesyen 2

Graduan Universiti Malaya Tunjuk Protes Terhadap Naib Canselor Di Pentas Konvokesyen

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Acara konvokesyen merupakan acara rasmi yang akan dijalankan oleh setiap institusi pendidikan tinggi. Acara ini merupakan acara yang paling dinanti kerana dilihat sebagai acara penghargaan kepada usaha para pelajar dan mahasiswa/i.

Namun, ketenangan acara ini telah diragut apabila salah seorang graduan Universiti Malaya yang menerima Ijazah Sarjana Mudanya semalam telah melakukan protes di atas pentas bersejarah ini.

Protes Majlis Konvokesyen

Ketika graduan lain gembira menyambut skrol daripada Yang Berhormat pemberi skrol, graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Wong Yan Ke telah bertindak menjerit dan menunjukkan plakad berserta jeritan ‘Ini Tanah Malaysia’ sebagai tanda bantahan terhadap Naib Canselor, Abdul Rahim Hashim yang duduk di barisan hadapan.

Yan Ke yang mempertahankan perbuatannya memberitahu perbuatan tersebut merupakan tanda bantahan kepada Abdul Rahim yang didakwa menggunakan nama Universiti Malaya untuk politik kaum dan kepentingan parti semasa Kongres Maruah Melayu dua minggu lalu.

Abdul Rahim didakwa membuat kenyataan berbaur perkauman dan Yan Ke meminta agar beliau bertanggungjawab untuk memberikan penjelasan mengenai kenyataannya kepada pelajar Universiti Malaya.

https://www.facebook.com/wong.y.ke/posts/2831982853479936

Tindakan beliau bukan sebarangan, sebaliknya beliau sudah mendapatkan nasihat dan pandangan daripada pensyarah dan rakan-rakannya. Mempersoalkan kerasional tindakan Naib Canselor Universiti Malaya tersebut, majlis konvokesyen Universiti Malaya bermula pada Sabtu lalu dirasmikan oleh Canselor Sultan Nazrin Shah Sultan Azlan Shah.

Protes Majlis Konvokesyen 1

Kurang senang dengan tindakan Yan Ke, ada pelajar Universiti Malaya sudah memulakan petisyen agar penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Yan Ke ditarik balik.

 

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2VkmKyDg6R/