Graduan UM Dilarang Masuk Dewan

Graduan UM Dilarang Sertai Majlis Konvokesyen Gara-Gara Sokong Protes Naib Canselor

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

The Topkapi Palace Museum Harem Apartments merupakan antara tarikan utama pelancong di Istana Topkapi, Istanbul. Hampir 400 tahun (1465-1856), Topkapi digunakan sebagai kediaman utama Sultan Uthman; Sultan, gundik dan keluarga.

Pada zaman dahulu, kawasan selepas pintu utama ke kawasan harem merupakan kawasan larangan kecuali kepada Sultan, bonda Permaisuri, penyokong Sultan, gundik dan kegemaran Sultan, putera raja dan sida-sida yang menjaga gundik.

Istana Topkapi, Istanbul

Dengan bayaran 15 Turkish Lira (RM12) pelancong boleh melihat kawasan istana ini. Berselirat dengan laluan, halaman, bilik hiasan, kawasan tempat duduk berkanun, jubin yang dihias indah, ukiran kaligrafi dan skrin kisi yang eksotik akan menimbulkan kekaguman dalam diri pelancong.

Gambaran gundik kepada masyarakat akan dipengaruhi oleh lukisan para orientalis yang tidak pernah memasuki ruangan kediaman gundik; lukisan wanita separa berpakaian sedangkan hakikatnya adalah jauh berbeza.

Di dalam buku Philip Mansel berjudul Sultan in Splendour ada mengkategorikan wanita kepada 3 iaitu penyokong (kadines), kegemaran (iqbals) dan yang diperasan hanya sekejap (guezdes).

Istana Topkapi, Istanbul

Kebanyakan golongan gundik ini ialah daripada wanita Circassian yang terkenal kerana rupanya yang menawan, penuh elegen dan bersemangat. Dilayan oleh sida-sida yang berjumlah 194 orang, gundik-gundik ini kesemuanya dijaga rapi keselamatan dan keselesaannya.

Dipilih oleh bonda Sultan yang merupakan wanita terpenting dalam legasi pemerintahan, kehidupan Sultan seringkali dicemburui oleh para lelaki. Namun tidak bagi Sultan kerana kehidupannya seakan ditentukan oleh bondanya.

Sumber: Free Malaysia Today