pendidikan negara

Graduan PhD Luar Negara Ini Give Up Bantu Reformasikan Pendidikan Negara Selepas Tahi Politik Masuk Campur

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Malaysia banyak menghantar pelajar-pelajar berkualiti tinggi untuk melanjutkan pelajaran di luar negara. Tujuan asalnya adalah supaya graduan luar negara ini dapat memberi khidmat semula kepada negara.

Namun, bukan semuanya indah. Dr Tazli, seorang graduan PhD luar negara cuba untuk membantu mereformasikan pendidikan negara. Sayangnya, usaha beliau tidak dipandang kerana perbezaan politik. Mari kita ikuti perkongsian beliau.

Hanya kerana sebab politik, semuanya dibakulsampahkan sahaja.

13 tahun yang lalu saya merupakan satu-satunya rakyat Malaysia, berbangsa Melayu dan beragama Islam yang menerima anugerah biasiswa Komanwel untuk melanjutkan pelajaran PhD saya di Imperial College, London.

Masa tu saya dimaklumkan ada lebih 200 application untuk mendapatkan biasiswa ini di dalam Malaysia sahaja.

JPA menyaring permohonan ini dan senaraipendekkan hanya 10 orang sahaja (mengikut kuota daripada Commonwealth Scholarships Comission UK pada tahun tersebut). Di peringkat CSCUK, berlaku tapisan lagi. Akhirnya hanya 4 orang dipilih dari Malaysia. 2 orang MSc, 2 orang PhD.

Saya juga dapat tawaran Islamic Development Bank (IDB) Jeddah untuk melanjutkan pengajian PhD saya. Ada dua orang yang dapat tawaran ni kerana pada masa tu memang tak ramai yang tahu tentang scholarships ini.

Tapi saya tolak tawaran IDB, bukan kerana IDB ni tak prestij, tapi tak bolehlah tamak. Saya wakilkan sahaja kawan saya seorang lagi untuk ambil tawaran tersebut, biar saya naikkan ‘izzah’ sebagai seorang Muslim dengan ambil tawaran Komanwel.

Secara keseluruhannya, hanya 150 orang sahaja secara purata setiap tahun tawaran diberikan kepada seluruh dunia Komanwel untuk mendapatkan anugerah biasiswa ini. Anugerah biasiswa ini tidak ada apa-apa ikatan.

Belajar di universiti pilihan di UK, dapat fully funded fees, stipends untuk cover sampai 3 orang anak. Setiap tahun stipend akan revise. Dapatlah kenaikan roughly 100 pounds setahun. Duduk di London, roughly saya dapat hampir 2,000 pounds. Tiket pergi balik fully covered.

Syaratnya cukup sekadar menghabiskan pengajian, dan kembali pulang untuk menyumbang di tanahair dalam bidang kita tersendiri. Setiap tahun Alumni Commonwealth Scholar akan update apa yang dibuat, apa yang telah disumbangkan dan sebagainya.

PhD saya dalam bidang kejuruteraan kimia, specifically dalam catalytic reaction engineering. Bidang ni saya suka buat research dan mengajar subjek ini dalam kelas saya. Saya habis lambat, lebih 4 tahun atas ujian PhD yang bertimpa-timpa. Semuanya saya simpulkan dalam ebook saya.

Nota: Dapatkan E-book Refleksi Hidup Sang Akademia (Siri 1) ni, boleh diperolehi di sini.

pendidikan negara

Saya bersyukur dengan apa yang saya lalui dan perolehi dalam tempoh berPhD. Banyak saya pelajari, dan memang selepas itu, saya makin bersemangat untuk membantu reformasi dalam pendidikan. Ujian-ujian yang saya lalui itu tidak pernah saya tempuhi dalam sistem pendidikan kita.

Saya percaya anak Malaysia lebih daripada mampu untuk jadi yang terbaik di mata dunia. Tapi kita kena bergerak seiring untuk membuat reformasi pendidikan. Pembentukan karakter dan peribadi itulah perkara yang lebih utama pada peringkat asas berbanding jumlah A yang dikejar.

Namun hakikatnya, ahli masyarakat kita ini rencam jadinya. Yang pernah score straight A SPM dahulu pun ke mana entah jadinya. Belum dikira yang terkandas dalam pengajian. Bila kita membesar, kita dilute dalam masyarakat dengan banyak flaw dalam character kita.

BACA: Belajar Ijazah Kejuruteraan Pesawat Tapi Jadi ‘Rider’ FoodPanda, Lelaki Ini Rungkai Kenapa Ia Berlaku

Kita tahu bahawa ia juga bertitik tolak berpunca daripada sistem pendidikan yang kita lalui. Kerana outcome yang diset ialah untuk mendapatkan kejayaan akademik, maka kejayaan akademik sahajalah yang kita penuhi. Falsafah pendidikan negara adalah ‘beyond’ academic achievement.

Tapi kita sendiri tak boleh ‘move on’ dengan sistem pendidikan yang kita lalui, jadi kita masih insist buat benda yang sama pada anak-anak kita. Zaman berubah, sistem pendidikan kita nampak macam berubah secara kosmetik, tapi core nya tetap sama dan mereput.

pendidikan negara

Falsafah pendidikan negara akhirnya hanya tinggal falsafah yang tidak ‘dijiwai’ sepenuhnya. Pembinaan karakter seperti having growth mindset, having grit, tekun dalam pekerjaan, berempati kepada orang lain, humility & humbleness tidak ditekankan dalam sistem pendidikan kita.

Sejak saya pulang daripada PhD saya, saya dah cuba untuk bantu mereformasikan sistem pendidikan di Malaysia. Sayangnya, banyaknya usaha ke laut. Daripada jadi YDP PIBG sekolah, pergi ke peringkat JPN, sampailah terpilih jadi ahli JKDPN semasa Dr Maszlee jadi Menteri Pendidikan.

Saya cuba sehabis baik mengimpikan kehidupan persekolahan yang baik-baik sahaja untuk anak-anak saya. Namun alangkah sedihnya, apabila politik masuk dalam pendidikan kita, maka hancurlah pendidikan anak bangsa kita.

Kadang-kadang kita syorkan perkara yang betul dan diperlukan, dan tidak ada kepentingan pada diri kita pun, disalahtafsir dan dipolitikkan. Saya pernah jadi YDP sebuah sekolah, terima surat layang hanya kerana saya buka Telegram untuk luahan dua hala antara sekolah & parents.

Pihak pentadbir sekolah tak boleh terima kritikan. Lepas tu adalah siapa-siapa dalam kalangan mereka keluarkan surat layang supaya group telegram ditutup. Sedangkan idea-idea yang diberikan sepatutnya membantu pihak sekolah. Tapi pihak pentadbir sekolah tak boleh tengok lebih.

Idea-idea yang kami beri semua sapu bawah carpet, sedangkan ia perlu untuk sekolah. Contohnya anugerah inovasi untuk guru semasa PDPR (untuk galakkan cikgu buat lebih daripada whatsapp group), cipta studio hijau untuk cikgu-cikgu record content. Nak gunakan duit PIBG ni!

Tapi ia dibakulsampahkan. Sekolah hanya mahu kami jadi cop setem duit untuk mereka. Nak buat tugu semasa PDPR. Nak guna duit PIBG. Siapa nak ke sekolah masa tu? Last-last, saya quit je as YDP PIBG even before AGM. AJK ibu bapa yang lain pun turut quit sama.

BACA: PdPR: Bukan Peranti Jadi Masalah, Capaian Internet Yang Paling Penting

pdpr

Pernah juga saya diminta untuk memberikan webinar pedagogi kepada guru-guru semasa tempoh PDPR ni untuk 6 siri. Siri pertama perkongsian saya, ada 22k views dan 9k yang attend LIVE session. Tapi pihak pengurusan JPN tarik balik. Tak sempat selesaikan lagi 5 siri.

pendidikan negara

Sebabnya ada surat layang sampai kepada pengurusan JPN yang mengatakan saya ni aktif politik. Tu cerita lama bang. Tapi without any warning or seeking clarification, terus shut down. Kesian cikgu-cikgu. Terpaksalah saya buat training berbayar sendiri kalau mereka nak join.

Bila masuk level peringkat nasional pulak, masa tu kami ada 13 orang dalam Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKDPN) tahun 2018-2019, untuk tempoh 6 bulan. Dah siap compile recommendation semua, akhirnya kerajaan bertukar, semua sapu bawah carpet.

Cadangan yang dibuat itu bukan cadangan kami ber-13. Ia membawa aspirasi rakyat berbilang bangsa, berbilang strata. Bukan sedikit yang kami jumpa dalam tempoh 6 bulan itu untuk mendengar sendiri keluhan rakyat jelata dan cadangkan apa yang terbaik untuk pendidikan negara.

Tapi itulah jadinya. Hanya kerana sebab politik, semuanya dibakulsampahkan sahaja.

BACA: Sistem Pendidikan Kini Menyusahkan Otak Murid Sekolah Rendah, Penggubal Silibus Nak Apa?

Akhirnya saya give up dengan mainstream education. Now I can only think about my children. The only future for them is private education. While I still continue train other educators be at school or university level, and this will take a while.

Maybe anak saya yang bongsu dah masuk U, baru akan nampak hasil. Tapi takkan saya nak percaya saja pada pendidikan nasional yang entah ke mana hala tujunya sekarang? Terpaksa juga berkorban wang ringgit hanya untuk pastikan anak-anak dapat pendidikan yang terbaik buat mereka.

Jadi begitulah, kepercayaan saya pada sistem pendidikan kebangsaan memang sangat-sangat terhakis. Saya kasihankan guru-guru, saya kasihankan anak-anak pelajar, saya dah cuba apa yang mampu dan terdaya, tapi ini sahajalah kudrat yang ada.

Insha Allah buat masa ini saya akan masih usahakan secara privatise untuk bantu para pendidik dan pelajar. Jadi saya di Skolar Malaysia memang tawarkan kursus-kursus untuk bantu pendidik dan pelajar to be a better version of themselves.

Semoga Allah memberkahi segala usaha kita demi anak-anak dan generasi masa depan yang tercinta. Ameen.

Sumber: Dr Tazli