Grab Lancar GrabBike Lembah Klang

GrabBike Kini Sudah Mula Beroperasi Di Lembah Klang

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Mengikut jejak Indonesia, Vietnam dan Thailand, Grab Malaysia akhirnya memperkenalkan perkhidmatan motosikal GrabBike di kawasan Lembah Klang.

BACA: Tular Budaya ‘Prank Ojol’, Grab Indonesia Ambil Tindakan Tegas Pada YouTuber Biadap

Merupakan sebahagian daripada Program Pembuktian Konsep untuk kerajaan, perkhidmatan projek perintis ini sudah dimulakan sejak 3 Januari lalu di kawasan-kawasan terpilih bagi perjalanan sekitar 10km dari lokasi penumpang.

Dengan objektif menilai kebolehlaksanaan serta budaya e-panggilan motosikal dalam konteks tempatan, Ketua Negara Grab Malaysia, Sean Goh memberitahu akan menggunakan bantuan standard pakar serantau dengan mengaplikasikan standard ketat dan pembelajaran dari seluruh rantau bagi meningkatkan perkhidmatan GrabBike di Malaysia.

Kerja Grab Tak Bermaruah

Penungggang GrabBike bukan sahaja perlu menghadiri latihan keselamatan pemanduan dan penilaian motosikal tetapi kesemua motosikal GrabBike akan dilengkapkan dengan topi keledar bagi kegunaan penumpang termasuklah jaket pantulan serta insurans kemalangan diri.

Bagi melindungi keselamatan penumpang dan penunggang, tempahan berbentuk wang tunai untuk semua perjalanan motosikal antara 9 malam dan 2 pagi akan dihentikan selain daripada ciri keselamatan teknologi seperti swafoto penumpang, kit keselamatan penunggang dan lain-lain.

Untuk rekod, Grab kini sudah memiliki variasi perkhidmatan iaitu GrabFood, GrabExpress, GrabMart serta Clean&Fix.

Sumber: Berita Harian