
Grab Perkenal Ciri ‘PayLater’, Guna Dahulu Bayar Kemudian
Perkhidmatan Grab banyak membantu pengguna dalam mencapai destinasi yang ingin dituju dengan mudah.
Dikemaskini dengan pelbagai ciri seperti pembayaran menggunakan kaedah yang pelbagai, perkhidmatan makanan dan sebagainya, Grab kini menjadi salah satu daripada pilihan kegemaran rakyat Malaysia.
Terbaharu, Grab telah memperkenalkan ciri baharu iaitu PayLater yang membolehkan pengguna menggunakan semua perkhidmatan Grab terlebih dahulu dan membayarnya di hujung bulan.
Hampir sama seperti konsep pembayaran bil telefon postpaid, ciri ini memudahkan pengguna merancang penggunaan kewangan bulanan mereka.
Yang menariknya tidak akan ada caj tambahan sekiranya melakukan pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan iaitu setiap tujuh hari bulan pada bulan seterusnya!
Bagaimana cara mahu menggunakan ciri PayLater ini?
Mudah sahaja, apabila pengguna mengaktifkan aplikasi PayLater, pengguna akan mendapat akses segera untuk menggunakan ciri ini berdasarkan amaun yang dibenarkan Grab.
Sudah boleh digunakan sejak awal September ini, kelayakan pengguna untuk menggunakan ciri ini dipilih melalui beberapa faktor seperti tempoh anda sudah menggunakan perkhidmatan Grab, kekerapan penggunaan perkhidmatan Grab, GrabRewards tier dan sebagainya.
Untuk maklumat lanjut, pengguna bolehlah menghubungi pihak Grab di GrabFinance.
Rambo: Last Blood akan jadi penampilan terakhir Sylvester Stallone.
Rambo: Last Blood (2019 Movie) New Trailer— Sylvester Stallone
dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.