
Grab Ke Nasdaq, Sejarah Agung Bermula Di Segambut
Syarikat super-app terbesar di Asia Tenggara, Grab Holding Ltd atau biasa kita kenal dengan nama GRAB telah berjaya disenarai awamkan di Nasdaq.
Grab mengadakan majlis pelancaran tersenarai awam tersebut di Singapura dah dihadiri oleh barisan pekerja, pemandu, penghantar makanan, dan juga peniaga yang menggunakan platform tersebut. Syarikat penghantaran dan e-Hailing tersebut berjaya disenarai awamkan selepas 9 tahun beroperasi.
Grab dilaporkan bergabung dengan sebuah syarikat pelaburan Amerika Syarikat, Altimeter Capital Management, Altimeter Growth Corp.
Pengerusi Nasdaq Asia-Pasifik, Bob McCooey meyifatkan Grab merupakan syarikat Asia Tenggara yang terbesar sekali pernah disenarai awamkan di Nasdaq.
Sebelum ini, Grab telah memulakan operasinya sebagai MyTeksi pada tahun 2012 yang diasaskan oleh dua orang rakyat Malaysia sendiri iaitu Anthony Tan and Tan Hooi Ling di Segambut. Syarikat ini kemudiannya membuat penjenamaan baharu yang dikenali sebagai Grab dan beralih ibu pejabatnya ke Singapura.
BACA: Tular Gambar Wanita Kerja GrabFood Sambil Kendong Anak, Ini Penjelasan Suami Beliau
Trending now



