Grab Heineken

Grab Dan Heineken Jalin Kerjasama Di Rantau Asia Tenggara

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Grab, penyedia perkhidmatan pengangkutan e-panggilan dan platform pembayaran mudah alih terkemuka di Asia Tenggara dan Heineken menjalin kerjasama untuk memacu kemasukan digital di rantau ini.

Heineken, syarikat pengeluar minuman keras akan memanfaatkan perkhidmatan sedia ada Grab seperti mobiliti, makanan, penghantaran, dan perkhidmatan pembayaran Grab untuk memenuhi keperluan logistik, memberi penawaran kepada kedua-dua pelanggan dan pengedar; bagi permintaan bir dan minuman cider.

Dengan kerjasama ini, pelanggan bukan Islam dan berusia 21 tahun ke atas boleh membuat pesanan dan menerima produk minuman Heineken dihantar terus ke pintu rumah melalui perkhidmatan GrabFood. Pelanggan turut dapat mencuba produk minuman baharu dari syarikat itu melalui promosi dengan menggunakan GrabPay sebagai kaedah pembayaran pilihan pembelian Heineken.

Grab Heineken
Sumber: the Business Times

Kerjasama itu akan dilaksanakan secara berfasa di seluruh negara Asia Tenggara yang Grab beroperasi. Perkhidmatan baharu ini akan bermula di Singapura dan Vietnam pada akhir bulan September, dan akan ke pasaran serantau lain seperti Filipina, Thailand, Myanmar serta Kemboja. Heineken turut akan melancarkan kedai khusus dalam talian di aplikasi Grab.

Di samping itu, Grab akan menjadi pembekal pengangkutan pilihan untuk pekerja Heineken di seluruh Asia Tenggara, dan mereka turut menggunakan data untuk mengenal pasti lokasi popular pesanan minuman syarikat itu.

Sumber: Techinasia

 

Rambo: Last Blood akan jadi penampilan terakhir Sylvester Stallone.

Rambo: Last Blood (2019 Movie) New Trailer— Sylvester Stallone

dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.