
‘GOpinjam’ Punya Pasal, Touch ‘n Go eWallet Kena ‘Banned’ Oleh Apple App Store?
GOpinjam yang baru dilancarkan pada 1 April 2022 yang lalu melalui perkhidmatan Touch ‘n Go eWallet dilaporkan menjadi punca aplikasi tersebut dikeluarkan dari Apple App Store.
Meskipun masih belum ada penjelasan rasmi dari Touch ‘n Go, tawaran pinjaman peribadi digital pertama dengan kadar faedah dari 8% hingga 36% setahun tersebut dikatakan menyalahi terma yang ditetapkan oleh Apple.
BACA: “Ah Long Berlesen” – Pinjaman Peribadi ‘GOpinjam’ Dari Touch ‘n Go Terima Banyak Respon Negatif
Seperti yang didedahkan di Facebook Ustaz Lariba berikut, pengguna sedia ada walau bagaimanapun tidak terkesan kerana ianya hanya melibatkan pengguna peranti iOS terbaharu.
Orang ramai yang masih bercita-cita ingin meminjam dari ‘Ah Long berlesen’ yang mesra riba serta tidak patuh syariah ini juga masih boleh memuat turun aplikasi GOpinjam seperti biasa dari Google Play Store dan Huawei AppGallery.
Berikut merupakan petikan hantaran yang dibuat oleh Ustaz Lariba.
APLIKASI TOUCH ‘N GO EWALLET DIKELUARKAN DARI APPLE APP STORE
Semalam, ada beberapa media rasmi melaporkan aplikasi Touch ‘n Go eWallet telah dikeluarkan daripada Apple App Store.
Carian kami melalui Apple App Store mengesahkan bahawa aplikasi tersebut sudah tidak ditemui lagi.
Setakat ini, tiada pengesahan rasmi daripada pihak Touch ‘n Go sebab-sebab terjadi demikian.
Isu ini akan melibatkan pengguna-pengguna baru yang menggunakan iPhone atau iPad kerana mereka tidak dapat muat turun aplikasi tersebut melalui Apple App Store. Pengguna sedia ada tidak akan terkesan.
Ada berita yang mengatakan punca aplikasi itu dikeluarkan daripada Apple App Store ialah kerana Touch ‘n Go eWallet tawarkan produk pinjaman peribadi iaitu GOpinjam. Rujuk post kami berkenaan GOpinjam di sini https://www.facebook.com/UstazAbdulAzizMN/posts/5490542737656066.
Tawaran GOpinjam didakwa “menyalahi” terma Apple App Store di mana tawaran pinjaman perlu dibuat melalui institusi kewangan sendiri dan bukan melalui pihak ketiga.
Sama-sama kita tunggu penjelasan rasmi dari Touch ‘n Go.
Jauhi GOpinjam. Jauhi riba. Jauhi daripada berperang dengan Allah SWT dan RasulNya. Insya Allah… 😁
Sumber & kredit foto: Facebook Ustaz Lariba