
Google Tawar 100,000 Biasiswa Program Persijilan Jangka Pendek
Google tawar 100,000 biasiswa program persijilan jangka pendek.
Google Isnin lalu mengumumkan penawaran 100,000 biasiswa program persijilan dalam talian jangka pendek dalam bidang analisis data, pengurusan projek dan reka bentuk pengalaman pengguna.
Google tawar 100,000 biasiswa program persijilan jangka pendek
Sijil yang dibuat dan diajar oleh pekerja Google tidak memerlukan ijazah pengajian tinggi akan ditawarkan melalui platform pembelajaran dalam talian, Coursera.
Dengan sijil berkenaan, Google akan menganggap ianya setaraf dengan ijazah pengajian tinggi empat tahun untuk mengisi beberapa jawatan berkaitan di syarikatnya.
BACA: Jejak Pengguna Dalam Mod Inkognito, Google Disaman Lebih RM22 Bilion
Terdahulu, gara-gara menjejak pengguna dalam mod inkognito, Google telah berdepan dengan saman sebanyak USD5 bilion (RM22 bilion) oleh tiga plaintif di Mahkamah Persekutuan San Jose, California.
Nilai USD5 bilion adalah bagi setiap kesalahan mengintip dan menceroboh privasi yang melibatkan jutaan pengguna sejak 1 Jun 2016 menerusi komputer atau telefon pintar.
