
Google Perkenal Aplikasi Kesan Kemalangan Kereta Dan Terus Hubungi Nombor Kecemasan
Kadang kala teknologi pada hari ini lebih membawa kepada keburukan dan kebaikan, tapi ia tidak bermakna bahawa tiada teknologi yang tidak bermanfaat kepada kita.
Sering menjadi masalah apabila individu terlibat dengan kemalangan kereta dan sukar untuk menghubungi kerana peranti telah dikunci yang mengakibatkan individu tidak dapat diselamatkan (jika berlaku kemalangan dahsyat).
Mungkin, kehilangan nyawa ini dapat dikurangkan apabila Google bakal melancarkan aplikasi Personal Safety. Google menawarkan aplikasi yang secara automatik memanggil perkhidmatan kecemasan sekiranya terlibat kemalangan di jalan raya, menurut laman web XDA Developers.
Melalui Personal Safety, aplikasi ini dapat mengesan pelanggaran kereta dan akan bertanya sama ada penggguna terlibat dalam kemalangan. Sekiranya berlaku, ia segera memindahkan lokasi kereta dan boleh menghubungi nombor kenalan atau nombor kecemasan yang dipilih sendiri oleh pengguna. Fungsi ini mirip dengan pengesan kemalangan yang terdapat pada versi Apple Watch yang terkini.

Walau bagaimanapun, ia dijangka hanya tersedia pada telefon Pixel 4 dan 4 XL yang bakal dilancarkan pada 15 Oktober ini untuk keluaran Amerika Syarikat. Diharap juga Google mempertimbangkan untuk melepaskan aplikasi ini pada sistem operasi mudah alih Android dan diberikan untuk semua pengguna telefon pintar.
Sumber: Malay Mail