Cukai Google

Google Enggan Bayar Cukai Korporat 1.5 Bilion Euro

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Syarikat gergasi dunia, Google telah didakwa cuba untuk mengelak dari membayar cukai korporat UK pada tahun lepas yang boleh membiayai lebih 60,000 jururawat di National Health Service (NHS).

Anggaran nilai terkumpul oleh kumpulan kempen Rangkaian Keadilan Cukai (Tax Justice Network) ialah £1.5 bilion, berdasarkan tempahan semua firma di United Kingdom (UK).

Google didakwa membayar nilai cukai 24 kali lebih rendah daripada nilai yang sepatutnya dibayar pada 2018 iaitu sebanyak £67 juta.

Tuntutan dilakukan selepas Google bersetuju dengan Her Majesty’s Revenue and Customs (HMRC) untuk membayar £130 juta selepas didesak.

Cukai Google
Sumber: boy Genius Report

Pada masa tersebut, Google mendakwa mereka hanya akan membayar cukai hasil daripada iklan United Kingdom, yang mana menunjukkan saiz dan skop perniagaan di United Kingdom.

“Sebagai syarikat perniagaan global, Google membayar majoriti cukai di negara-negara asal dan semestinya kesemua cukai yang perlu dibayar di United Kingdom.” – Google

Dalam pengiraan, nilai cukai £1.5 bilion yang enggan dibayar Google mampu untuk:

1. Membayar gaji setahun untuk 60,000 orang jururawat
2. Membayar gaji setahun untuk 50,000 orang konstabel polis
3. Membayar gaji setahun untuk 50,000 orang anggota bomba
4. Membayar gaji setahun untuk 50,000 orang guru sekolah menengah
5. Membina tujuh buah hospital (berdasarkan kiraan pembinaan satu bangunan ialah £200 juta)
6. Membina 75 buah sekolah (berdasarkan kiraan kos pembinaan sebuah ialah £20 juta)
7. Membaik pulih 25 juta lubang yang terbina di kawasan bawah tanah

Sumber: Mirror UK