Google Buang 600 Aplikasi Tak Selamat Daripada Play Store 1

Google Buang 600 Aplikasi Kandung Iklan Tidak Selamat Daripada Play Store

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Google buang 600 aplikasi kandung iklan langgar terma.

Sebagai salah satu usaha penambahbaikan, Google hari ini mengumumkan pengeluaran hampir 600 aplikasi di Google Play Store kerana melanggar terma pemaparan iklan dan dasar interstital.

BACA: Google Dilaporkan Dalam Proses Mohon Lesen Untuk Teruskan Urusniaga Dengan Huawei

Bukan itu sahaja, aplikasi-aplikasi berkenaan turut diharamkan daripada platform pengiklanan Google seperti Google AdMob dan Google Ad Manager.

Google Buang 600 Aplikasi Tak Selamat Daripada Play Store

Ini kerana iklan yang dimuatkan dalam aplikasi berkenaan berpotensi untuk membahayakan pengguna dengan ekosistem penipuan bergerak sama ada daripada segi keselamatan data mahu pun fungsi peranti.

Berbeza daripada Apple App Store, Google Play Store seringkali dilihat sebagai kurang selamat. Dengan langkah penguatkuasaan ini, iaitu Google buang aplikasi melanggar terma ini menunjukkan mereka berusaha satu langkah ke hadapan bagi menarik kembali kepercayaan pengguna.

Terdahulu, Google telah memperkenalkan beberapa aplikasi yang memudahkan pengguna antaranya mengesan pelanggaran kereta dan akan bertanya sama ada penggguna terlibat dalam kemalangan.

BACA: Google Perkenal Aplikasi Kesan Kemalangan Kereta Dan Terus Hubungi Nombor Kecemasan

Malah mereka turut memperkenalkan Google Assignments, satu perisian versi kemas kini (sebelum ini dikenali sebagai CourseKit), tenaga pengajar boleh mengenal pasti sama ada tugasan pelajar yang dihantar benar-benar dirujuk dan bukannya ditiru secara bulat-bulat daripada mana-mana pihak.

Sumber: Security Google Blog