Merokok Punca Masalah Kesihatan Mental

Golongan Perokok Berisiko Tinggi Hidap Depresi Dan Skizofrenia – Kajian

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Umum sedia maklum, tabiat merokok bukanlah satu tabiat gaya hidup yang sihat kerana membawa banyak penyakit kepada pengamal antaranya pesakit jantung, kanser, strok, kemandulan, otot lemah dan sebagainya.

BACA: 27 Tahun Jadi Perokok Tegar, Lelaki Ini Kongsi Tip Mudah Berhenti Merokok

Dalam kajian terbaharu yang dijalankan saintis Unoversiti Bristol, UK mendapati bahawa golongan perokok berisiko tinggi menderita masalah kesihatan mental seperti kemurungan (depresi) dan skizofrenia.

BACA: ‘Serba Tak Kena, Rasa Gelisah Dari Kepala Sampai Kaki’ Doktor Ini Kongsi Rasa Diserang ‘Anxiety Attack’

Daripada melihat sama ada perokok mempunyai kecenderungan genetik kepada penyakit kemurungan atau skizofrenia, pengkaji menggunakan data genetik untuk mengenal pasti hubungan antara sebab dan akibat daripada tabiat merokok.

Thailand Kuatkuasa Larangan Merokok Dalam RUmah 1

Menggunakan data daripada 462,690 individu Eropah dengan menggunakan kaedah rawak Mendelian (Mendalian randomization) yang melibatkan pengenalpastian variasi genetik yang berkaitan dengan sifat (kemurungan atau skizofrenia) dan kemudian menguji dalam pelbagai variasi pendedahan.

BACA: Keluang Man Dan Joker, Dua Karakter Bawa Sisi Berbeza Tentang ‘Mental Illness’

Kemudian pengkaji meletakkan kesimpulan tabiat merokok bukan sahaja meningkatkan risiko seperti kemurungan dan skizofrenia tetapi juga berisiko tinggi menghadapi gangguan bipolar. Namun begitu, pengkaji dapati mereka yang mengalami kemurungan adalah lebih cenderung untuk merokok berbanding skizofrenia.

https://www.facebook.com/odisimy/posts/1720225328110676

Berikutan dengan tabiat yang banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan, kerajaan Thailand telah menguatkuasakan larangan merokok dalam rumah sebagai salah satu inisiatif mengurangkan kematian yang disebabkan oleh rokok.

Bukan itu sahaja, Indonesia turut mengikut jejak langkah Thailand dengan mengharamkan semua iklan rokok dalam talian berikutan umur perokok di Indonesia adalah besar dalam kalangan remaja.

Sumber: CNN

 

Pemula kepada teknologi baharu industri perfileman.

Gemini Man | 3D Plus Featurette

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI