
Golongan ‘Jawiphobia’ Perlu Sedar Pengenalan Khat Jawi Bukan Proses Islamisasi
Kecoh minggu lalu apabila Menteri Pendidikan mengumumkan akan memperkenalkan tulisan khat dalam sukatan mata pelajaran Bahasa Melayu Darjah 4 pada tahun depan. Pelbagai reaksi masyarakat boleh dibaca di laman-laman berita sehingga menjadi satu isu yang melibatkan perkauman.
Ada yang menggelar golongan penentang sebagai golongan ‘Jawiphobia’ kerana mereka ini terlampau khuatir dengan pengaruh tulisan ini bakal memberikan kesan kepada anak-anak bukan Melayu.
Kementerian Pendidikan memberitahu khat yang merupakan sebahagian identiti negara dan warisan bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan perpaduan yang terdapat pada jata-jata negara dan negeri serta wang Ringgit Malaysia.
https://www.facebook.com/kamarul.yusoff.7/posts/2601802246530484
Walaupun ditentang, Kementerian Pendidikan tetap dengan keputusan mereka mahu melaksanakannya seperti yang dirancang dengan mengambil kira beberapa aspek penyampaian agar ianya lebih mudah difahami dan tidak membebankan murid dan guru.
Terdahulu, 138 orang pemimpin DAP termasuk 13 orang ADUN menggesa anggota Kabinet DAP membantah rancangan tersebut dengan dakwaan ianya merupakan usaha melembagakan dan mempolitikkan tulisan Jawi.
Menjawab kepada dakwaan tersebut, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik memberitahu sukatan tersebut diwujudkan bukan bertujuan sebagai proses Islamisasi dan asimilasi budaya, sebaliknya memupuk gaya penulisan yang indah.
Kata beliau lagi, pembelajaran bahasa Jawi yang diperkenalkan bukanlah secara menyeluruh dan tidak akan memasuki mana-mana peperiksaan. Sukatan tersebut diwujudkan bagi membolehkan para pelajar meningkatkan semangat patriotisme selain daripada mengenali warisan negara.
Usul ini bukanlah sesuatu yang baharu, tetapi ianya sudah diperkenalkan sejak 2014 oleh kerajaan terdahulu namun tidak dapat dilaksanakan kerana pendekatan yang dilakukan tidak secara menyeluruh.
Di peringkat universiti, ramai mahasiswa bukan Melayu mengikuti kursus seni khat seperti mahasiswa di Universiti Sains Malaysia. Seorang tenaga pengajar sambilan Kursus Seni Khat USM, Muhammad Anis Abdul Ghani berkongsikan pengalaman beliau yang mana pada setiap semester ada sahaja mahasiswa bukan Melayu seperti Cina dan India yang berminat menyertai kursus tersebut.

Malah ada juga antara mereka yang berjaya menguasai dan mendapat markah yang lebih tinggi daripada mahasiswa Melayu sendiri. Mereka akan diajar menulis daripada huruf tunggal, huruf bersambung dan apabila mahir akan menulis satu ayat lengkap berkaitan peribahasa dan kata-kata semangat.
Jadi di mana salahnya jika sukatan ini diperkenalkan?
Sumber: MalaysiaKini
Siapa yang ada hadir?
ART OF SPEED MALAYSIA 2019 | MAEPS Serdang
dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.