Maybank Bank Paling Selamat Dunia

Global Finance Nobatkan Maybank Sebagai Bank Paling Selamat Di Malaysia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Setelah beberapa tersenarai dalam senarai bank terbaik dunia, Maybank sekali lagi dinamakan sebagai bank paling selamat di Malaysia oleh majalah kewangan bulanan Global Finance.

Senarai yang bakal diterbitkan dalam keluaran November 2019 ini merupakan sebahagian daripada kaji selidik eksklusif mereka yang dipilih menerusi penilaian penarafan mata wang asing jangka masa panjang daripada Moody’s, Standard & Poor’s dan Fitch serta jumlah aset daripada 1,000 bank terbesar di seluruh dunia.

Maybank Bank Paling Selamat Dunia 1

Selain daripada Maybank (Malaysia), antara bank yang tersenarai bagi rantau Asia ialah DBS Bank (Singapura), Bank Islam Brunei Darussalam (Brunei) dan Bank Central Asia (Indonesia).

Laporan Global Finance turut menyenaraikan 50 Bank Perdagangan Paling Selamat Dunia, 50 Bank Paling Selamat di pasaran Sedang Pesat Membangun dan Institusi Kewangan Islam Paling Selamat di Negara-Negara Majlis Kerjasama Teluk.

https://www.facebook.com/seasia.co/photos/a.457619644630031/1000023843722939/?type=3&__xts__%5B0%5D=68.ARDLsSNF-BrE8eSF866tGOZBwn4b8WwyC1G91_x9O0IRgKGMhLhhgXuZGA4WR85DPpe2IaPcIV_TXil4NgD_6jpvRdasaHtieMi19YHqvTQNtUSiHljUqnxZN6VsK8cRuvdlAaRRS0pcOjTeJxUalqTxjX-VTp2vAg8N_Zho3B7ES888A312yvYPTPCvjFe2YoNl2jFmbOX452T4KPFfvg34NmPxGfnfQs48qmgAt9kyi235c2PG0AcjnQt8YKWQ0UoOwp9TI4YDfzaNVnBrLaEtCNVhT70p0Wpu05sfGwbkfxicnoDplJ234wT1kxjNhgP9m0uge4lvV6zIbhO6h4Oi9w&__tn__=-R

Menurut Penerbit dan Pengarah Editorial Global Finance, Joseph D. Giarrraputo senarai bank paling selamat mengikut negara ini diberikan pemahaman mengenai institusi kewangan yang jarang mendapat perhatian global tetapi menawarkan rangkaian dan pengetahuan mendalam tempatan.

Untuk rekod, Maybank pernah tersenarai sebagai 500 Jenama Paling Bernilai di Dunia oleh Brand Finance Global 500 Brands dengan peningkatan sebanyak 32% pada 2018 berbanding tahun sebelumnya, 2017 dengan nilai RM10.3 bilion kepada RM13.02 bilion.

Maybank Islamic pada tahun 2017 juga pernah muncul sebagai Institusi Kewangan Islam Terbaik Dunia, Bank Sukuk Global Terbaik dan Penyedia Pelaburan Patuh Syariah Jangka Pendek Global Terbaik secara dua kali berturut dalam kedua-dua kategori tersebut.

Sumber: Berita Harian

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2S4d2Tn5ig/