Gli Hagia Sophia Meninggal Dunia 1

Gli ‘Pergi’ Selepas Hampir 16 Tahun Bergelar Penjaga Hagia Sophia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sebut sahaja penjaga Hagia Sophia, ramai yang akan membayangkan si bulus comel yang dipanggil sebagai Gli ini.

Hari ini, penduduk dunia terpaksa menerima hakikat bahawa tiada lagi Gli sekiranya mereka melawat Hagia Sophia yang sudah pun bertukar status daripada muzium kepada masjid pada pertengahan Julai lalu.

Gli Pergi Selepas Hampir 16 Tahun Bergelar Penjaga Hagia Sophia

Hampir 17 tahun menabur bakti sebagai penjaga Hagia Sophia, Gli pergi meninggalkan dunia disebabkan sakit tua selepas dirawat di sebuah klinik haiwan sejak akhir September lalu.

 

Biarpun ramai yang belum pernah berjumpa Gli secara berdepan, pemergiannya tetap dirasai dan ruangan perkongsian berita pemergian dipenuhi dengan ucapan-ucapan yang mendoakannya.

Memiliki mata berwarna hijau bersinar, Gli menjadi kucing kegemaran pengunjung yang hadir termasuklah bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Gli Hagia Sophia Meninggal Dunia
Sumber: Hagia Sophia

Selepas Hagia Sophia bertukar status kepada masjid ramai yang risau mengenai keadaan Gli. Namun pihak pengurusan masjid menjelaskan Gli tetap dibenarkan untuk terus tinggal di sana bersama-sama kucing yang lain.

Hagia Sophia atau Aya Sophia yang sering dianggap sebagai sebuah bangunan teragung dan tercantik di dunia merupakan sebuah struktur bangunan muzium yang terletak di Instabul, Turki.

Selepas 85 tahun memegang status sebagai muzium, Aya Sophia kemudiannya diumumkan bertukar status semula sebagai masjid dengan kebenaran daripada Mahkamah Majlis Negara Turki.

BACA: Hikmah Di Sebalik Hagia Sophia Kembali Sebagai Masjid, Masuk Percuma Untuk Semua Pelawat

Diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2017, perubahan status berkenaan merupakan permintaan daripada Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan semasa perhimpunan pilihan raya pada tahun lalu.

Untuk pengetahuan anda, umat Islam di Turki sudah lama menuntut supaya bangunan ini dijadikan masjid semula, namun ianya dibangkang bukan sahaja oleh pihak pembangkang sekular, tetapi juga kalangan pemimpin agama (Ketua Gereja Ortodoks Timur dan Yunani) serta antarabangsa.

Malah mahkamah tertinggi Turki pada 2018 pernah menolak rayuan bagi membolehkan umat Islam menunaikan solat di bangunan tersebut atas alasan permohonan tersebut tidak mempunyai kelayakan dan sebarang perubahan tidak sepatutnya berlaku.