
Giliran Tom Cruise Bertanding Jawatan Presiden Amerika Syarikat?
Selepas Kanye West, adakah kini giliran Tom Cruise mengumumkan beliau bakal bertanding sebagai Presiden Amerika Syarikat?
Bebeberapa hari ini tular di laman media sosial mengenai satu video yang memaparkan pelakon, Tom Cruise melakukan pengumuman bakal bertanding untuk jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS).
What if @TomCruise ran for President? #RunTomRun #Cruise2020 #ShowMe2020 pic.twitter.com/GPHvVZb3LR
— Miles Fisher (@milesfisher) August 13, 2019
Video yang dimuat naik pada Disember 2019 kembali tular diciap pengguna Twitter yang menyatakan keterujaan.
Namun, adakah berita ini benar?
Untuk pengetahuan anda, lelaki dalam video tular berkenaan bukannya Cruise tetapi pelakon, Miles Fisher yang mempunyai iras sama dengan Cruise.

Sebelum ini, penyanyi rap yang juga komposer, Kanye West mengumumkan bakal bertanding untuk jawatan sebagai Presiden Amerika Syarikat.
Dengan misi menyelamatkan Amerika Syarikat, West yang merupakan suami kepada Kim Kardishian pada 2015 beberapa kali pernah meluahkan hasrat untuk bertanding sebagai Presiden pada 2020 di acara MTV VMAs.
Hasrat West untuk bertanding dalam jawatan tersebut disambut baik oleh Presiden Amerika Syarikat sekarang, Donald Trump yang turut berharap dapat bertanding dengan bintang tersebut untuk pilihan raya pemilihan Presiden Amerika Syarikat bakal berlangsung dalam tempoh empat bulan lagi.
Terdahulu, hasrat Tom Cruise ke angkasa lepas untuk menghasilkan filem mungkin akan terlaksana tidak lama lagi selepas Ketua Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) memberitahu mereka akan bekerjasama dengan Tom Cruise bagi penghasilan filem mengenai Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).
BACA: NASA Tunai Hasrat Tom Cruise Hasilkan Filem Di Angkasa Lepas
Malah jurucakap NASA mengesahkan bahawa Tom Cruise akan dihantar ke angkasa lepas dan berada di stesen makmal yang bernilai ratusan bilion dolar yang akan mengelilingi orbit sekitar 250 batu di atas bumi.
Sumber: Snopes