Penulis Skrip ‘Korupsi Dewan Semandung’ Dedah Perjalanan Perit Mohon Gaji Daripada Ogy Ahmad Daud 1

Giliran Penulis Skrip Teater Dedah Perjalanan Perit Mohon Gaji Daripada Ogy Ahmad Daud

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sejak minggu lalu, isu pembayaran barisan pelakon teater komedi seram, Korupsi Dewan Semandung hangat diperkatakan. Kali ini giliran penulis skrip teater, Aloy Paradoks tampil bercerita mengenai proses peritnya memohon gaji daripada penerbit, Fauziah Ahmad Daud yang juga dikenali sebagai Ogy.

Sebelum itu, menurut Aloy, penceritaan ini membawa risiko kepada beliau dan rakan-rakannya yang terlibat dalam pementasan teater itu.

Menurut Aloy, beliau sedar, Ogy sebagai penerbit tidak pernah berniat untuk menganiaya dia dan rakan-rakannya, namun menurutnya penganiayaan bukanlah hanya harus berlaku dengan niat.

Kegagalan merancang boleh menyebabkan penindasan berlaku, seperti contoh memanggil orang bekerja tanpa mempunyai bajet atau perancangan kewangan yang betul membawa kepada kegagalan membayar tenaga kerja.

BACA: Suka Tunjuk Kehidupan Mewah Punca Artis Dikecam Bila Minta Bantuan Khusus

Menjadi seorang penerbit, kriteria utama yang diperlukan adalah modal daripada segi kewangan. Lain posisi yang dipegang, maka lainlah kriteria yang perlu individu itu sediakan. Untuk beliau sendiri sebagai penulis skrip, kriteria yang utama adalah idea, bakat, ilmu dan masa.

Bersyukur kerana pada awalnya beliau bertegas mahukan bayaran deposit 30%, Aloy memberitahu dengan modal 30% itulah beliau bekerja untuk menghasilkan skrip dan diubah mengikut kesesuaian semasa ke semasa.

Penulis Skrip ‘Korupsi Dewan Semandung’ Dedah Perjalanan Perit Mohon Gaji Daripada Ogy Ahmad Daud
Sumber: Istana Budaya

Terpaksa menolak pekerjaan-pekerjaan lain, bagi lumrah penulis skrip, bayaran harus diselesaikan sebaik sahaja skrip diserahkan.

Namun apabila pihak penerbit minta untuk pembayaran kedua diberi sehari sebelum pementasan dan bayaran penghabisan dua minggu selepas pementasan, Aloy menerima atas dasar kemanusiaan sesama penggiat seni meskipun ianya tidak logik.

Namun malangnya, deposit 30% sudah lama habis, bayaran kedua masih tidak diterima, apatah lagi bayaran terakhir.

Meskipun tidak menyerang pihak penerbit di laman sosial peribadi beliau dan meninggalkan apa-apa komen, media sosial Aloy disekat oleh pihak yang satu lagi. Bukat setakat Aloy, malah rakan-rakan dan kru seperti Khir Rahman dan Vicha.

https://www.instagram.com/p/B_sK5c_Hf6_/

Kecewa dengan sikap Ogy, Aloy turut meluahkan rasa kesal kerana kejadian ini menunjukkan betapa lemahnya profesionalisme pengurusan seni persembahan di Malaysia. Bersuara bagi pihak rakan-rakannya juga, ramai yang terkesan terutamanya semasa menghadapi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bukan sahaja daripada segi ekonomi tetapi juga emosi.

Ogy sebelum ini menegaskan bahawa beliau tidak lari dan sedang dalam proses mencari dana untuk menyelesaikan bayaran barisan pemain Korupsi Dewan Semandung yang tertunggak.

Terdahulu, bekas peserta Raja Lawak musim pertama, Che Mat telah membuat laporan polis di Balai Polis Tun Hussein Onn, Cheras berikutan kegagalan pihak produksi Ogy Ventures & Network untuk melunaskan baki bayaran barisan pelakon teater yang dipentaskan di Istana Budaya pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu.