Kelantan Kuatkuasa Larangan Jaja Di Lampu Isyarat

Giliran Kelantan Perketat Undang-Undang Larangan Menjaja Di Simpang Lampu Isyarat

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Awal tahun lalu, trend jualan makanan di persimpangan lampu isyarat mendapat tempat dalam kalangan penjaja Malaysia.

Walaupun dilihat unik dan berbeza, tahukah anda trend ini sebenarnya salah dan melanggar undang-undang lalu lintas?

Sejajar dengan Akta Peraturan Lalu Lintas 1959 yang melarang peniaga berniaga di atas, tepi dan bahu jalan, para penjaja diminta berhenti menjaja makanan di persimpangan jalan sebelum terjadinya insiden tidak diingini seperti kemalangan.

Awal Ogos lalu, larangan yang dikuatkuasakan serta merta ini mencetuskan pelbagai reaksi sama ada dalam kalangan penjaja dan pengguna jalan raya.

Ada penjaja yang menyifatkan ianya sebagai ekstrem kerana tidak mengambil kira kepentingan penjaja dan peniaga.

Kelantan Kuatkuasa Larangan Jaja Di Lampu Isyarat 1

Namun daripada sisi pandangan pengguna jalan raya, ada yang bersetuju kerana pernah berdepan dengan detik cemas hampir berdepan dengan kemalangan.

Selepas meneliti aspek keselamatan dan tamat tempoh rundingan, kerajaan Terengganu mengambil keputusan akan mengenakan hukuman penjara atau denda sehingga RM100,000 kepada mana-mana penjaja yang masih berdegil sekiranya didakwa di mahkamah.

Operasi fasa pertama yang berlangsung sehingga 31 Disember ini adalah bagi memastikan keselamatan penjaja dan keselamatan pengguna jalan raya dengan melibatkan pelbagai agensi kerajaan antaranya pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

Akta Peraturan Lalu Lintas 1959 ini merupakan akta di bawah Akta Pengangkutan Jalan, Undang-Undang Kecil Penjaja di bawah Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan, Akta Kawalan Harga & Anti Percatutan 2011 serta Perintah Perlabelan Barang Sedia Bungkus 1993.

Manakala di Kelantan pula, mereka yang melakukan kesalahan tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Kaedah 10A LN 166/59, yang memperuntukkan denda maksimum RM2,000 jika sabit kesalahan.

Sumber: Astro Awani, Terengganu Today