
Giliran Indonesia Haramkan Iklan Rokok Dalam Talian
Berikutan daripada peningkatan kes kematian sama ada dari kalangan perokok aktif atau pasif, banyak negara-negara mengambil langkah pencengahan.
Antaranya, Malaysia telah menggubal peraturan larangan merokok di kawasan kedai makan dan Thailand yang menguatkuasakan larangan merokok di dalam rumah.
Kini tiba giliran negara serumpun kita, Indonesia yang berperanan sebagai pengeluar rokok keempat terbesar di dunia membasmi kegiatan tidak sihat ini.
Menteri Komunikasi dan Penerangan Indonesia, Rudiantara sudah memberikan arahan supaya menyekat semua iklan rokok dalam talian selepas menerima arahan daripada Menteri Kesihatan, Nila Moelek.
Tidak menghadkan sekatan pada iklan rokok, mereka turut menghalang tajaan untuk mempromosikan produk tembakau berikutan daripada kadar tabiat merokok dalam kalangan remaja negara tersebut yang semakin meningkat.
Pasukan yang ditugaskan telah menemui kandungan iklan rokok dalam saluran media sosial termasuklah Facebook, Instagram dan Youtube akan disekat.
Tiga per empat daripada jumlah remaja berusia 10-18 tahun di Indonesia merokok kerana terpengaruh dengan iklan yang mereka tonton, menjadikan peratusan pada tahun ini meningkat daripada 7.2% (2013) kepada 9.1% (2018).
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, kira-kira dua per tiga lelaki Indonesia merokok pada setiap hari, dan lebih daripada 21% remaja lelaki berusia antara 13 hingga 15 tahun kerap melakukan tabiat merokok.
Sumber: Berita Harian
Trending now



