Daebak Ghost Pepper Cheese 1

Ghost Pepper Kembali, Kali Ini Dengan Tambahan Perasa Keju

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Daebak Ghost Pepper kembali dengan tambahan perasa keju.

Kemunculan mi Daebak Ghost Pepper Spicy Chicken Noodles dalam industri makanan Malaysia pada tahun 2019 memang mencipta fenomena luar biasa.

Dek kerana kepedasannya yang luar biasa, ada yang menggelarkan mi segera yang terkenal dengan mi berwarna hitam ini sebagai mi segera terpedas di dunia.

Memasuki tahun 2021, populariti mi segera ini masih lagi kekal.

Susulan itu, pihak 7-Eleven Malaysia sekali lagi tampil dengan kejutan baharu dengan memperkenalkan edisi keju, Daebak Ghost Pepper Cheese.

Daebak Ghost Pepper Cheese
Sumber: isaac osman

Dijual dengan harga RM5.90 untuk satu cawan 80 gram, pastinya perasa baharu ini akan membuatkan peminat mi Ghost Pepper merasa puas kerana bersesuaian dengan cita rasa rakyat Malaysia.

Buat sementara waktu, Daebak Ghost Pepper Cheese ini hanya dijual di cawangan 7-Eleven Semenanjung Malaysia sahaja.

Jom dapatkan sekarang!

Terdahulu, 7-Eleven mengeluarkan produk Ghost Pepper edisi Halloween iaitu memasangkan mi Daebak Ghost Pepper Spicy Chicken Noodles bersama Ghost Pepper Cola.

Menu Paling Pelik Tahun 2020 Spicy Mi Boba Dan Ghost Pepper Cola 3
Sumber: @zuhairizahurin

Minuman bergas ini merupakan menu ketiga kolaborasi Mamee Monster bersama Daebak selepas Ghost Pepper Instant Noodles dan The Mister Potato Ghost Pepper Black Crisps.

Didatangkan dalam bungkusan bersama secawan mi segera Ghost Pepper, ‘menu dari neraka’ ini dijual dengan harga RM8.90 untuk satu set.

Baca lanjut di: Menu Paling Pelik Tahun 2020: Spicy Mi Boba Dan Ghost Pepper Cola