
Filem Genre Seram, ‘Ghibah’ Naskah Terbaharu Daripada Pengarah Filem Seram Pecah Panggung ‘Makmum’
Sejak ditayangkan sejak 15 Ogos lalu, filem genre seram dari negara jiran Indonesia, Makmum sentiasa menjadi sebutan kerana memberikan impak seram yang bukan calang-calang kepada penonton.
Bakal kembali dengan naskah baharu iaitu Ghibah, filem arahan Riza Pahlevi ini juga diinspirasikan daripada pengalaman kisah peribadi beliau sama seperti yang ada di dalam Makmum.
BACA: Tonton Trailer Filem Seram ‘Candyman’ Yang Lebih Banyak Kejutan
Memuat naik poster yang memaparkan imej ulat-ulat memenuhi mulut di laman Instagram Dee Company, filem genre seram Ghibah ini bagaimanapun masih lagi belum ditentukan tarikh tayangannya di pawagam.
https://www.instagram.com/p/B7dJ4QXgrzM/
Bakal menvisualkan perihal buruknya perbuatan ghibah atau pun mengumpat, Riza memberitahu filem hasil kerjasama antara Dee Company dan Blue Water Filem ini akan memberikan fokus kepada impak ghibah kepada pelaku dan mangsanya.
Ada unsur kesamaan dengan filem Makmum, filem Ghibah yang diinspirasikan daripada surah Al-Hujarat, ayat 12 yang menceritakan mengenai perbuatan ghibah pastinya ditunggu-tunggu peminat filem seram terutamanya di Malaysia dan Indonesia.
Makmum merupakan sebuah filem hantu Indonesia yang mula ditayangkan pada 15 Ogos 2019 diarahkan oleh Hadrah Daeng Ratu. Filem ini dibintangi oleh Titi Kamal, Ali Syakieb, Tissa Biani, Bianca Hello, Adila Fitri, Jajang C. Noer, Arief Didu, Misha Jeter, dan Reny Yuliana sebagai pelakon utama.
Sumber: Tribun News