Getar Rusuk Pecah Ovari

Getar Rusuk, Pecah Ovari – Gejala Tidak Sihat Dan Perkara Haram Kian Dinormalisasikan?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Acara perbarisan dan perarakan sempena Hari Kebangsaan yang ke-65 yang berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur tempoh hari telah disambut dengan penuh meriah dan dihadiri oleh kira-kira 70,000 pengunjung.

Bertemakan ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’, sambutan Hari Merdeka tahun ini telah menyaksikan pembabitan lebih 20,000 peserta persembahan dan perarakan, 76 haiwan dalam perkhidmatan, 369 aset darat dan 68 aset udara daripada pelbagai agensi.

Paling tidak dapat dilupakan pastinya perarakan oleh kontinjen Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang menyebabkan berlakunya lonjakan permintaan luar biasa di kalangan pencari jodoh yang kini lebih gemar ingin memilih anggota badan beruniform sebagai pasangan.

Timbul persoalan berikut di Facebook Public Health Malaysia yang membawa orang ramai untuk berfikir sejenak mengenai situasi yang agak memeranjatkan ini.

“Agaknya jika persembahan yang sama, penonton yang sama tetapi menggunakan subjek dari gender yang berbeza..

Apakah reaksi anda 😄?”

Seorang pengguna Facebook, Firasysafra Din dari Firaswrites Copywriting pula telah berkongsi pendapatnya berikut untuk direnungkan oleh umat Islam di Malaysia mengenai normalisasi gejala yang tidak sihat ini.

Getar Rusuk Pecah Ovari

Jangan normalisasikan perkara yang haram.

Ya, perempuan beraksi, menampakkan bentuk badan ramai yang tahu itu haram.

Hakikatnya lelaki pun sama.

Lelaki pakai ketat menampakkan sosok badan, ia haram.

Pecah ovarilah, bergegar tulang rusuklah. Macam-macam frasa wujud. Nampak menghiburkan tapi hakikatnya jika ia menaikkan nafsu syahwat, haram hukumnya.

Sama-samalah kita menjaga.

Perempuan dan lelaki dua-dua perlu jaga aurat.

Perempuan dan lelaki dua-dua perlu jaga pandangan.

Sumber: Firasysafra Din, Public Health Malaysia