Tangkap layar dari TikTok @azrizakaria901

Gerenti Dapat ‘Detect’, Ini Cara Tampal Pelekat RFID Yang Paling ‘Win’ Setakat Ini

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sebelum ini, ramai yang mendakwa tidak berpuas hati dengan sistem Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) yang dikatakan punca trafik di plaza tol menjadi lebih sesak.

Ini berikutan ramai kejadian ‘tersangkut’ di depan palang tol setelah sistem tersebut gagal untuk mengesan pelekat RFID yang ditampal di cermin atau di lampu depan kereta.

Ramai juga yang mendakwa pelekat RFID ini terlalu ‘manja’ kerana pengguna kerap terpaksa menukarkannya dengan pelekat yang baharu setelah ianya sering terkopek ketika mencuci kereta.

Ini mengakibatkan orang ramai mula membangkitkan isu kos memasang RFID yang dikatakan membebankan dan hanya menguntungkan pihak tertentu sahaja.

Seorang pengguna TikTok, NorAzri Zakaria baru-baru ini telah berkongsi satu tip berguna untuk orang ramai menampal pelekat RFID di kereta mereka.

Tangkap layar dari TikTok @azrizakaria901
– Tangkap layar dari TikTok @azrizakaria901

Menurutnya, melekatkan sticker RFID di bahagian belakang nombor plate depan kereta akan membolehkan frekuensi radio dikesan dengan lebih cepat.

Berbanding dengan menampalnya di cermin depan kereta, cara ini juga lebih kemas serta tersorok dari pandangan pihak yang berniat jahat dan ingin mengambil kesempatan.

Beliau turut menghantar video TikTok berdurasi 1 minit 18 saat tersebut sebagai ‘eksperimen’ menggunakan kereta beliau sendiri.

Hasilnya amat menakjubkan! Azri didapati berjaya melepasi kira-kira enam plaza tol tanpa sebarang masalah untuk mengundur kembali keretanya.

Ramai pengguna TikTok yang lain memberikannya pujian dan penghargaan terima kasih di ruangan komen setelah mencuba sendiri keberkesanan cara ini.

Tangkap layar dari TikTok @azrizakaria901
– Tangkap layar dari TikTok @azrizakaria901

“Terima kasih bro… tip yang berguna. Saya dah buat memang menjadi. Laju je dapat detect dalam kelajuan 40km sejam, terus palang naik,” tulis pengguna @nizamabdrazak.

“RND berjuta-juta punya company, last-last netizen yang dapat kaji solution problem RFID,” balas @vatzruuz.

Walaupun ada juga yang memberi komen cara ini boleh mendatangkan masalah sekiranya nombor plate patah dan hilang, Azri hanya memberi jawapan berikut:

“Ya, mana-mana tempat ada kelemahan. Saya suka area nombor plate sebab nampak kemas dan tak susah rosak sebab tersorok”.

Sumber: NorAzri Zakaria